BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 27, 2010

Bertaubatlah diri...



alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah, kerna diri ini masih diberi kesempatan untuk menghirup pelbagai kenikmatan yang dikurniakan oleh-Nya....

sebentar tadi sesi ta'lim dan tazkirah telah berakhir..alhamdulillah kerna Dia memberi kesempatan pada syah untuk mengikuti sesi ta'lim yang diadakan khusus buat akhawat kelasku..dengan mengikuti sesi ta'lim alhamdulillah hati-hati yang gersang kembali subur..syukur ku panjatkan kerna Dia masih memberi kesempatan kepada akhawat kelasku untuk terus istiqamah dalam mengadakan diskusi-diskusi ilmu seperti itu..

antara isi-isi ta'lim yang sempat syah ingat ialah;

  1. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda bahawa didalam neraka nanti penghuni-penghuni'y terdiri daripada manusia-manusia yang gagah yang mana mereka juga suka mengumpul harta dan juga sombong. Manakala bagi penghuni-penghuni syurga pula tergolong daripada manusia-manusia yang lemah dan tertekan.
  2.  Sebaik-baik akhlak ialah sesiapa yang ikhlas dalam mengerjakan sesuatu perkara.
  3. Janganlah kamu berasa HINA dengan keadaan diri kamu.."maaf..huraian'y tetibe lk syah terlupa..allahummashalli'ala sayidina muhammad"

bagi tazkirah pula, ukht na telah menyampaikan tazkirah ringkasnya yang bertajuk 'TAUBAT'...

bertaubatlah kamu selagimana pintu taubat masih terbuka...subhanallah...betapa kita mempunyai Tuhan yang begitu MENYAYANGI kita sehinggakan masih memberi peluang yang cukup luas buat kita untuk meminta/memohon ampun diatas setiap kesalahan yang telah kita lakukan..pernahkah terdetik di hati kecil kita bahawa, "Dia akan ampunkan tak dosa yang telah aku lakukan selama ni?"...wahai teman se-akidah, ketahuilah bahawa Allah itu Maha Pengasih lagi MAha Penyayang...Dia pasti akan mengampunkan setiap hambanya selagimana hamba itu "sami'na wa ato'na" tunduk dan patuh dengan segala perintah-Nya..hakikatnya jika hati kita terus melakukan maksiat, hati kita tidak akan pernah tenteram..mungkin kita akan mengatakan bahawa kita sudah cukup tenang dan selesa dengan keadaan seperti biasa..tapi, ingatlah sahabat bahawa hati kita tetap tidak akan tenang jika diri kita masih melakukan maksiat..na'uzubillah~~oleh itu, marilah bersama-sama kita merenung kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang kita hidup di atas muka bumi ini..cuba didik diri kita untuk 'scan' bermuhasabah sebelum tidur..dari situ kita tidak akan terus lupa mahupun lalai dengan segala kesalahan yang telah kita lakukan sepanjang hari...

aakhirul kalam, sebagai tambahan...syah menasihatkan diri syah sendiri agar tidak terus alpa dengan tanggungjawab sebenar syah sebagai seorang hamba,anak dan juga pelajar......"carilah, kutiplah sebanyak mungkin ilmu ..sertakan juga sifat sabar kerna ini juga dikatakan jihad!"...Innallahama'assobirin~~~

Monday, April 26, 2010

beratnya Ya Rabb...kekadang tak mampu untuk aku melawannya!!

Dengan nama Allah yang MAha Pengasih lagi Maha penyayang, segala puji dan puja hanya layak buat-Mu Tuhan sekalian alam..Selawat dan salam kutujukan khas buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W..

Pada post kali ini syah hanya nak mengingatkan diri syah sendiri dimana perlunya bagi setiap insan itu untuk BERMUJAHADAH dalam apa jua perkara sekalipun.

Jujurnya , kekadang syah sendiri pun akan jatuh andai tidak bermujahadah dengan sebetul-betul mujahadah. Malu amat dengan diri sendiri..malu amat pada sahabat2 yang mana pada mereka syah bagi nasihat..tapi yang paling malu ialah malu dengan Dia!malu amat....tak tahu nak sorok dekat mana muka yang dipenuhi dengan aspal2 hitam ini..terlalu banyak khilaf yang telah dilakukan samada secara sedar ataupun tidak...Astaghfirullah~~Tapi syah syukur amat kerna dikurniakan 'usrah' yang sangat prihatin dengan keadaan semasa yang menimpa sesama 'usrah'..tanpa rasa jemu mereka tetap beri semangat dan nasihat yang begitu bererti bagi syah...alfun syukran buat 'ahli keluargaku' disini..

Dengan ta'lim dan sesi tazkirah pada setiap malam setiap kali selepas s0lat isya' sesama 'ahli keluarga' bukan sahaja dapat me-'refresh' ilmu yang kian berkarat bahkan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga kami..ketika itulah segala nasihat dan teguran akan diberikan khusus buat kami sesama ahli keluarga..syah syukur amat sebab dikurniakan oleh Dia antunna yang mant0p2 dari pelbagai aspek....

ALfun syukran juga buat sahabatku yang seorang itu kerna sabar mendengar rengekan manja diri ini dikala 'd0wn'...aasif jiddan hamba ucapkan kerna meng-ulang tayang peristiwa lama..tak pernah terfikir di benak fikiranku untuk membuatkan sahabat 'letih'..maaf!tapi,syukran atas segalanya...

Sahabat, diri ini nekad untuk membiarkan ia pergi..InsyaAllah diri ini tak akan alpa dengan setiap bait pesanan yang selalu engkau titipkan buatku dikala diri ini 'd0wn'..sahabat, ku berharap agar hati ini bakalan tenang seperti sediakala..bantulah pacal yg hina ini Ya Rabb...Allahummaameen~~~memang susah untuk membiarkan ia pergi begitu sahaja..tapi,apakan daya untuk syah melawan ketentuan-Nya...syah akan cuba untuk melakukannya!MUJAHADAH...!yup!MUJAHADAH...!! demi mendapatkan sesuatu yang hakiki kita memang perlu akan mujahadah~~benarlah dengan kata2 yang syah pernah pegang sejak di MMP dulu bahawa; MUJAHADAH itu PAHIT kerna RAHMAT disebaliknya teramat MANIS!


Alfun syukran semua!!syah SAYANG antunna =))

Friday, April 23, 2010

ini BUKAn untuk antum!

Tarbiyyah...

bukan untuk orang yang malas

bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat,
sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang
senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh
Tuhan.
Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

bukan untuk orang yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan, tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan
orang lain.

bukan untuk orang yang cepat mengalah

bukan untuk orang yang meletakkan qiamullail dan daurah dalam diari
hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara
`penting' yang lain

bukan untuk orang yang hanya pandai cakap dan menulis, tapi amal kosong

bukan untuk orang yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu
bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa
tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya
tunggu information

Dakwah...

bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri

bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut
sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu

bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute

bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di
jalan Allah

bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa
berjalan jauh

bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat,
mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak
nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh
bukan bagi orang yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat
atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami

bukan bagi orang yang hanya nak berkawan dengan orang
berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan
orang susah, miskin, dan pakai comot

bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak
beri alasan ini dan itu
. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja,
keluarga tak bagi keluar

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan
tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus
berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan
anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

"Amanah ini bukan hak milik, tetapi anugerah daripadaNya"


dikongsi dari blog: http://drnurfarahaisyah.blogspot.com

**astaghfirullah...teruknya diri ini...wahai sahabat,wahai teman jika kita tidak berupaya untuk melihat nasib umat islam yang kian teruk di injak2 maruahnya, marilah kita bersama-sama berganding bahu..bermujahadahlah seketika demi meraih janji2-Nya!!

sahabat...

pimpinlah diri ini dikala ana lemah,
jangan biarkan ana hanyut dengan dunia yang begitu mempesona ini,
kerna ana yakin indahnya firdausi jua keyakinan akhirnya kemenangan..

sahabat...

intima' kita,
intima' 'aqidi.
ukhwah kita,
ukhwah islami.

melampaui ikatan darah di nasab seperti al-ansar dan muhajirin bersatu menegakkan panji2 islami~~~~Allahuakbar!


Saturday, April 10, 2010

an appreciati0n t0 my bl0ved buddies^^



t0 my bl0ved buddies(tukang surprise+tukang belanja+peneman tukang belanja),tnx s0o much dude!x sgka lk mem0ri ini bakalan tersemat dalam kartus mem0riku .....may Allah bless~

*tukang belanja+peneman tukang belanja = x da lm pic nh...bahaya...nt da owang dengki lk^_~

MARS | Majalah Remaja Sempoi!~j0m bce jom^^

MARS | Majalah Remaja Sempoi!