Salam pembuka bicara..
setelah lama menyepikan diri^^, kali ini syah nk k0ngsi sumtin'..actually,maklumat ni syah dapat kt bl0g org len...ttbe lk cm terdetik nk share gk ttg "aktiviti2" ini ng kalian^^..alfun syukran diucapkan kepada bl0gger itu~~
sedikit perk0ngsian dari hamba buat kalian di luar sana.......
Hal ini telah tersebar dibeberapa web berkaitan keagamaan beberapa hari lalu.(lama dah sebenarnya..cuma saya yang alpa) Dari website mereka yang prihatin dengan unsur Masonic dan Freemasonary yang mampu merosakkan akidah serta menghitamkan hati. Kami rasa pelik juga kerana penerbit AJL-24 ni rasanya orang melayu Islam. Tapi tidak peka dengan perkara-perkara sensitif seperti ini. Selalunya dalam isu-isu macam ni, kami di Oh! Artis lebih gemar berfikiran positif dalam sesuatu hal yang melibatkan agama. Tapi kali ini agak melampau kerana bukan satu, tetapi banyak sangat perkara yang boleh kita pertikaikan. Kebetulan? Orang yang berfikiran waras, pasti akan menganggap ianya tidak mungkin sama sekali.
Apapun korang baca artikel yang kami petik dari sebuah blog yang diberi-nama, Jejak Tinggalan Rasul. Kami kurang arif dengan perkara-perkara yang melibatkan “simbol” ini. Jadi kami keluarkan artikel yang ditulis oleh Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib yang mempunyai kelulusan B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations, Al al- Bayt University , Jordan . Guys, hiburan-hiburan juga tapi kalau melibatkan soal akidah, janganlah dipandang ringan.
Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.
Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.
1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;
Apa persamaan dengan scene yang di-snapshotdi sebelah kanan anda?
2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?
Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..
3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.
Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video ini.Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.
Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.
Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada. * ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.
Dan apa pula ini?Apa persamaannya?
Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia . Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.
Pembaca sekalian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda.
Jadi jika benar semua ini telah dirancang secara teliti, pasti mereka sudah mampu bergelak ketawa. Kenapa ketawa? Apa tak nya sebab semua orang cakap ini adalah AJL yang terbaik pernah dilangsungkan. Kesian bukan? Tahniah kepada mereka yang berjaya membongkar perkara ini.
aakhirul kalam,sem0ga kita semua tidak lagi diperdaya hidup2 oleh 'mereka'..macam mana ye x m0 diperdaya sedemikian rupa?masih ingatkah kita atau,sedarkah kita bahawa di dalam Ayat-Ayat Cinta yang mana diturunkan oleh Dia telah menyatakan bahawa ; " sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur,mereka seakan akan seperti suatu bangunan yang kukuh"..(surah As-Saff:4)..
oleh itu, kita semua perlulah berganding bahu demi mendaulahkan kembali ad-deen yang kita cintai ini!perlukah kita untuk berada di dalam mana2 jemaah?jawapan saya,perlu amat..ini seiring dengan slh satu hadis nabi SAW..kisah mngenai serigala dengan seekor kambing~~~x kisah lah andai antum nak pilih berada dalam mana2 jemaah..tapi,perkara utama yang perlu antum ingat ialah kita berada dalam jemaah bukan sekadar untuk mendapat kenalan baru tapi dari situ jugalah kita perlu merancang seterusnya melaksanakan apa jua aktiviti dakwah untuk diberi kepada mereka yang di luar sana agar hati2 mereka (kita juga) tidak gersang dengan nikmat dunia yang sementara cuma...AWAS!....jangan sampai dengan antum berjemaah antum berkelahi dengan mana2 jemaah yang lain kerna kekurangan mahupun kepincangan mereka..ingatlah,manusia itu tidak sempurna...tapi, kitalah yang akan menjadikan sesuatu perkara itu sempurna (w/pn tidak sesempurna mana)...t0longlah...jangan kita mendabik dada dengan keupayaan kita dalam menghasilkan itu dan ini...untuk menghasilkan sesuatu rencana yang 'superb' kita perlulah BERGANDING BAHU antara satu sama lain tanpa mengira jemaah apakah mereka...dari situ,barulah ia akan menghasilkan hasilan yang 'superb' lagi mantop!^^(tapi janganlah sampai terkeluar dari manhaj mahupun akidah masing2 pula ya)
~sekadar renungan dari pacal yang serba serbi kekurangan~
::betulkanlah hamba jika hamba tersalah::
.:maaf andai terkasar bahasa pada entry kali in:.