BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 28, 2010

SERIUS!!!

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah 3ala kulli haal~

Persoalan :
SERIUS?!
Apa yang serius sangat ni? Apa ni? Ya Allah..Allahu Ya Salam, Sejahterakanlah hati ini..Janganlah Kau kusutkan perasaan ini Ya Salam...

Jawapan :
Hmmm...mungkin ini kiffarah ke atasku----selalu ambil remeh dengan perasaan. Tapi, serius aku katakan bahawa saat ini, tika ini, sekeping hati yang kadang kala aku nafikan haknya telah berjaya di porak-perandakan oleh nafsu yang selalu ingin merajai hati ini! SAKIT!

SYUKUR AMAT!
Alhamdulilah kerana Dia masih memberi peluang kepadaku untuk mengkoreksi perjalanan yang sekian lama aku lalui..yang mana, kadang kala aku berjalan berkonsepkan 'taqlid' semata! Astaghfirullah...Ini bukan 'Aisyah yang sebenar ok!

Adakalanya pula aku sedar akan kekhilafan diri tapi, entah bagaimana aku terasa tidak mampu untuk membetulkannya..**pengakuan jujur : tipu andai aku bilang aku tidak pernah ubah langsung! Bukan aku tidak pernah untuk mengubahnya tapi, maksud aku disini ialah ubah dengan istiqamahnya + tidak terus tersasar!kenapa ya aku nggak bisa untuk praktiskan kosa kata istiqamah itu?! Ighfirli Ya Rabb...**

SOLUSI
 Alhamdulillah, saat mereka enak dibuai mimpi indah dan Th0riq juga sudah selamat ditidurkan dalam pangkuan chenta hati saya, Alhamdulillah di atas segala kekuasaan yang dimiliki oleh-Nya, sekali lagi sekeping hati ini telah berjaya di ketukkan dengan beberapa persolan minda!

Antaranya :

  1. Adakah layak untuk aku buktikan pada diri bahawa aku juga mampu untuk menjadi seorang mujahid + Deen = MUJAHIDEEN andai saat ini aku masih membiarkan tiap detik yang berlalu meninggalkan aku begitu saja, tanpa sedikitpun rasa bersalah?!!
  2.  Adakah sanggup untuk kakak ketepikan malah melupakan terus frasa 'Dunia Ladang Akhirat'?! Astaghfirullah...
  3. Mendidik seorang anak/anak murid itu bukanlah senang. Ok kakak!**mendidik bukanlah sekadar mengagah si kecil agar diam dari membuat kepala si ibu berpinar mahupun mengajar a-b-c, alif-ba-ta- tapi mendidik hati nuraninya..agar baik luar dalamnya**---kakak, untuk mendidik hati-hati mereka di luar sana, adakah sekeping hati yang kakak miliki ini sudah sepenuhnya terdidik?! Tepuk dada tanya iman. Andai masih ada yang songsang, terkurang, tersalah, dan segala ter lagi, perbetulkanlah, perbaikilah untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Terbaik bukanlah sekadar untuk diri sendiri dan sekeliling. Tetapi, yang utamanya adalah untuk Ad-Deen!
Sekadar berkongsi
Maaf andai entry kali ini membuatkan antum akan berfikir "apelah yang budak nh cakapkan.."--terserahlah--tapi, bagi aisyah, ia mampu membuatkan syah teringatkan 1001 perkara..1001 idea untuk di 'share'kan di sini (tipulah sampai 1001) yang selalu menembak minda syah tanpa henti! Tapi, cukuplah untuk syah berkongsi mana-mana yang mampu syah 'type'kan di pentas blogspot ini.--tak semua idea yang menembak minda syah kongsi di sini ya..--cukuplah sekadarnya~

Pesan pada Diri
  1. Yang utama itu perlu di utamakan!
  2. Membazir masa, 'uang'!
  3. Kecewakan Ad-Deen!
  4. Kecewakan luvlyayah, luvlyumi, nyai, abang, adik2!
  5. Sentiasa menyeru nama Allah Ya Baari' agar dipermudahkan jadual perjalanan hidup~
  6. Alpa dengan nikmat sihat yang Allah pinjamkan..sebab, ia sementara cuma!!
  7. Istiqamah dengan 'muthaba'ah 'amal' Ok!

Wednesday, November 24, 2010

Andai Ada yang Sudi, Ingin Ku Pinta Lagi...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Apa khabar sahabat-sahabat? Semoga sihat-sihat aja hendaknya ya!=)

Baiklah, di sini ingin hamba maklumkan sedikit sebanyak info terbaru mengenai diri hamba...chewwah!~^^~

Kondisi hamba :
Alhamdulillah kondisi makin stabil. Stabil dari pelbagai mehnah. Banyak yang positif berbanding negatif yang boleh 'aisyah khabarkan buat antum semua. Alhamdulillah syukur 'aisyah panjatkan kepada Allah Ya Salam kerna Dia masih sudi men-sejahtera-kan tubuh badan yang diberi pinjam ini. Memang, memang tiada tempat yang layak untuk pergi mengadu melainkan pada Dia yang Satu.

Keluarga ter-'chenta' :
Alfun syukran kepada ummi, ummi, ummi, ayah, nyai, abang 'Izzuddin, kakak iparku k.mun, adik(Thaqif), adik(faqeehah), dan baby(najihah) kerna tak putus-putus mendoakan kesihatan jua kesejahteraan kakak!

Dear ummi, tak mampu untuk kakak balas segala jasa ummi dalam tempoh ummi 'jaga' kakak sehingga kakak boleh sihat sebegini rupa. Betullah, doa seorang ibu mustajab!. Langsung tiada hijab! Sebagai contoh kecil, cuba bayangkan seorang anak terlantar kesakitan yang amat (tiba-tiba je sakit tanpa notis 24J), kemudian si anak tadi 'call' ibunya yang nun jauh di Pantai Timur sana. selepas mengadu itu dan ini dan menamatkan panggilan, tak sampai seminit pun, sakit yang sangat-sangatlah sakit tadi tiba-tiba dengan Kuasa Allah, ia hilang bagai di tarik buang! Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! Sesungguhnya tiadalah Kuasa melainkan Kuasa yang Ia punya untuk menyembuhkan kesakitan sebegitu rupa. Alhamdulillah. Lepas dah hilang 'penyakit' itu, maka si anak tadi terus menukar pakaian kepada pakaian sukan untuk turun menghirup udara segar (tengok something greeny) + nak revise 'rasm-uthmani' (sebab esoknya tu ada imtihan PA1).Kasih seorang ummi mekar mewangi hingga syurgawi InsyaAllah~

Dear ayah, chenta hati kakak juga, JAZAKALLAHU KHAIRAN JAZA' untuk semua semangat yang ayah pinjamkan untuk kakak. Semua nasihat tentang kehidupan yang realiti lagi hakiki yang bakal kakak tempuhi seketika nanti. Tiada satu pun yang ayah kongsi mongsi dengan kakak yang tak betul. Semua betul! Memang kakak tak dapat nafikan. terima kasih juga untuk semua duit yang ayah dah laburkan untuk kakak. Janji kakak, kakak akan cuba dan cuba untuk belajar mengurangkan kos sara hidup+ keinginan kakak ok ayah?hehe=) ~ ayah,tnx gk sebab bawa kakak dan keluarga menghirup udara segar Perak sebelum ayah kembali 'busy' dengan musim exam. Siyes! lama amat kakak x hirup udara segar -Selama (perak) -Taiping- Kati- Pekan Kuala Kangsar-...sebenarnya, macam biasalah, kakak akan rindukan laksa kuala n cendol talib dekat pekan kuala + air sungei dekat bendang ujib je sebenarnya ^^"~...ayah, tnx juga sbb izinkan kakak mengembara dari Perak ke Kuantan sorang-sorang (w/pn da biasa ke Kuantan) untuk menghadiri Nisa' Teen Circle's Camp + izinkan kakak balik lewat sehari dari tarikh sepatutnya.THANK YOU ayah!Ayah, jangan lupa untuk kongsi mongsi lagi semangat ayah untuk kakak ya?~

Nyai sayang, THANKS SOO MUCH nyai!kakak doakan semoga nyai panjang umur murah rezki tambah iman dikurniakan badan yang cergas untuk beribadat, dan di makbulkan doa nyai agar sempat menyaksikan walimah kakak satu hari nanti. Kakak tahu nyai sentiasa doakan yang terbaik untuk kakak dan kakak pinta agar nyai sentiasa doakan yang terbaik untuk kakak lagi.~

Abang sayang, terima kasih juga sebab tak pernah lupa untuk 'care' tentang kakak yang manja ini w/pn kakak tahu abang sangat busy untuk mencari sesuap nasi buat keluarga~Abang, terima kasih sebab masih sempat tanya kondisi hati kakak andai ia sudah di isi dengan orang lain mahupun tidak. Dear abang, ketahuilah bahawa dalam hati kakak ini kakak hanya pinginkan ayah,abang,Thaqif dan Thoriq sahaja sementara dia yang di luar sana [[yang kakak tak tahu sapa-sapa lagi]] belum halal lagi untuk kakak. Memang, kalau ikutkan gelodak nafsu remaja, kakak memang ingin menyayangi juga disayangi. Tapi, buat sementara ini kakak sedar bahawa mereka yang utama patut kakak 'awla'-kan dahulu sebelum kakak kecapi nikmat pabila sudah halal nanti. Betul tak abang? Abang, jangan pernah putus untuk doakan kakak ya bang. Doa agar Allah Ya Baari' mengaturkan jadual hidup yang terbaik buat kakak dan kita sekeluarga ya~Kakak SAYANG abang!

K.Mun, terima kasih juga tau!Doakan kakak ya k.mun~

Adik Thaqif, terima kasih dik tolong doakan kakak sihat sepanjang imtihan final yang lepas. Walaupun Thaqif jauh dengan kami...tapi,Thaqif tetap dekat  di hati kami! Do the best ok qif!Qif tak ada dekat rumah, kakak sedikit sunyi sebab tak ada orang nak gaduh nak bertekak dengan kakak, dengan faqeehah...Kakak SAYANG Thaqif!!Tolong doakan kakak lagi ya dik~

Adik Faqeehah, terima kasih juga sebab sudi bertekak dengan kakak sepanjang abang thaqif tak ada^^'~ terima kasih dik,sebab bantu kakak ketika Allah menarik nikmat sihat untuk kakak. Be a gud Muslimah ok dik..InsyaAllah, kakak akan sentiasa doakan adik menjadi seorang Siti Faqeehah Al-Hafizah yang SOLEHAH lagi MUSLEHAH.Ameen~

Khas untuk baby kakak yang sorang ni...terima kasih baby. Terima kasih sebab menitiskan air mata kasih khas untuk kakak ketika kakak ke Kuantan minggu lepas. Dengan air mata itulah kakak mengerti bahawa baby sangat sayangkan kakak. Betul tak baby? Kakak doakan agar baby sentiasa 'najah' dalam perjalanan hidup baby. Kakak yakin dan kakak doakan baby bisa menjadi Siti Nur Najihah Al-Hafizah juga satu saat nanti InsyaAllah. Baby, jangan lupa untuk titiskan air mata itu lagi ya agar kakak sentiasa ingat bahawa masih ramai yang sayangkan kakak!8-)

Sahabat-sahabat yang setia dan masih disisi hamba tika senang dan susah :

Terima kasih yang tak terhingga kerna tidak pernah jemu untuk setia disisi 'aisyah...=)..tanpa kalian (selepas Allah Ya Baari' dan keluarga ter-'chenta', tak taulah macam mana keadaan aisyah dulu dan sekarang..Terima kasih kepada semua kerana sudi titipkan sokongan dan dorongan untuk syah bangun dan terus kuat menghadapi mehnah yang menimpa. Terima kasih semua! Semoga Allah merahmati kalian!!ameen~

Perawatku / Asbab kepada yang boleh merawatku :
1) Allah.
2) Doa seorang ummi yang tiada tara kasih sayangnya.
3) Doa Seorang ayah yang tiada henti dalam bangun malamnya memohon dan terus memohon khusus untuk intan payungnya.
4) Doa yang tidak pernah henti yang dilantunkan oleh mereka di sekelilingku juga mereka di luar sana.
5) Doa seorang perawat yang diberi pinjam ilmu oleh Allah untuk merawat pesakitnya. Menggunakan doa sebagai modal utama. Terima kasih Walid, terima kasih Mak Cik.~ InsyaAllah, kita kan ketemu lagi.

Khulas0fil Qaul :

  • TERIMA KASIH SEMUA!

  • Ketahuilah bahawa kakak, 'aisyah, syah sayangkan kalian amat! Akan sentiasa mendoakan kalian selagi mana Allah memberi pinjam nyawa buat diri ini.~

  • Dalam apa jua situasi yang melanda, tak kisahlah penyakit hati kah, penyakit jiwa kah, mahupun penyakit-penyakit yang lain, cuba lah untuk menggunakan teknik dibawah ini ;

~BAWA HATIMU KEPADA TUHAN, DISANA PUNYA JAWAPAN~
PASTI!
...INSYAALLAH...

Amacam?Aci tak?? 8-)
Aci tak aci, percayalah...Janji-janji Allah itu PASTI!