BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 28, 2010

SERIUS!!!

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah 3ala kulli haal~

Persoalan :
SERIUS?!
Apa yang serius sangat ni? Apa ni? Ya Allah..Allahu Ya Salam, Sejahterakanlah hati ini..Janganlah Kau kusutkan perasaan ini Ya Salam...

Jawapan :
Hmmm...mungkin ini kiffarah ke atasku----selalu ambil remeh dengan perasaan. Tapi, serius aku katakan bahawa saat ini, tika ini, sekeping hati yang kadang kala aku nafikan haknya telah berjaya di porak-perandakan oleh nafsu yang selalu ingin merajai hati ini! SAKIT!

SYUKUR AMAT!
Alhamdulilah kerana Dia masih memberi peluang kepadaku untuk mengkoreksi perjalanan yang sekian lama aku lalui..yang mana, kadang kala aku berjalan berkonsepkan 'taqlid' semata! Astaghfirullah...Ini bukan 'Aisyah yang sebenar ok!

Adakalanya pula aku sedar akan kekhilafan diri tapi, entah bagaimana aku terasa tidak mampu untuk membetulkannya..**pengakuan jujur : tipu andai aku bilang aku tidak pernah ubah langsung! Bukan aku tidak pernah untuk mengubahnya tapi, maksud aku disini ialah ubah dengan istiqamahnya + tidak terus tersasar!kenapa ya aku nggak bisa untuk praktiskan kosa kata istiqamah itu?! Ighfirli Ya Rabb...**

SOLUSI
 Alhamdulillah, saat mereka enak dibuai mimpi indah dan Th0riq juga sudah selamat ditidurkan dalam pangkuan chenta hati saya, Alhamdulillah di atas segala kekuasaan yang dimiliki oleh-Nya, sekali lagi sekeping hati ini telah berjaya di ketukkan dengan beberapa persolan minda!

Antaranya :

  1. Adakah layak untuk aku buktikan pada diri bahawa aku juga mampu untuk menjadi seorang mujahid + Deen = MUJAHIDEEN andai saat ini aku masih membiarkan tiap detik yang berlalu meninggalkan aku begitu saja, tanpa sedikitpun rasa bersalah?!!
  2.  Adakah sanggup untuk kakak ketepikan malah melupakan terus frasa 'Dunia Ladang Akhirat'?! Astaghfirullah...
  3. Mendidik seorang anak/anak murid itu bukanlah senang. Ok kakak!**mendidik bukanlah sekadar mengagah si kecil agar diam dari membuat kepala si ibu berpinar mahupun mengajar a-b-c, alif-ba-ta- tapi mendidik hati nuraninya..agar baik luar dalamnya**---kakak, untuk mendidik hati-hati mereka di luar sana, adakah sekeping hati yang kakak miliki ini sudah sepenuhnya terdidik?! Tepuk dada tanya iman. Andai masih ada yang songsang, terkurang, tersalah, dan segala ter lagi, perbetulkanlah, perbaikilah untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Terbaik bukanlah sekadar untuk diri sendiri dan sekeliling. Tetapi, yang utamanya adalah untuk Ad-Deen!
Sekadar berkongsi
Maaf andai entry kali ini membuatkan antum akan berfikir "apelah yang budak nh cakapkan.."--terserahlah--tapi, bagi aisyah, ia mampu membuatkan syah teringatkan 1001 perkara..1001 idea untuk di 'share'kan di sini (tipulah sampai 1001) yang selalu menembak minda syah tanpa henti! Tapi, cukuplah untuk syah berkongsi mana-mana yang mampu syah 'type'kan di pentas blogspot ini.--tak semua idea yang menembak minda syah kongsi di sini ya..--cukuplah sekadarnya~

Pesan pada Diri
  1. Yang utama itu perlu di utamakan!
  2. Membazir masa, 'uang'!
  3. Kecewakan Ad-Deen!
  4. Kecewakan luvlyayah, luvlyumi, nyai, abang, adik2!
  5. Sentiasa menyeru nama Allah Ya Baari' agar dipermudahkan jadual perjalanan hidup~
  6. Alpa dengan nikmat sihat yang Allah pinjamkan..sebab, ia sementara cuma!!
  7. Istiqamah dengan 'muthaba'ah 'amal' Ok!

0 comments: