BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 16, 2011

awak, satu je saya nak awak tahu....

::Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang::


Awak,
nak tau tak satu perkara?
hmmm

tapi...
saya tak mampu untuk cerita panjang-panjang

sebab...
saya takut saya tak kuat untuk menghadapinya

walhal...
awak yang lebih berat menanggungnya

terukkan saya?
maaf!
sungguh!saya masih tak mampu untuk menjadi sekuat awak

maafkan saya
tapikan awak...
saya tetap akan terus berdoa
agar
Dia sentiasa bagi ketabahan jua kesabaran khas untuk awak tau!
haaa!
satu lagi,
saya akan doakan agar Dia sentiasa mengukuhkan iman awak dalam mengharungi nikmat tarbiyyah ini

awak,
awak jangan pernah rasa terhina tau untuk ditarbiyyah sebegini
tapi,
awak perlu rasa terhormat kerana masih diberi peluang untuk ditarbiyyah dalam suasana awak sudah bersih di dalam bi'ah solehah

awak,
bukan saya bermaksud yang sebelum ni awak tak berada dalam suasana bersih

tapi...
awak tahukan perbezaan antara di tarbiyyah dalam suasana yang 'kelam' dengan suasana yang 'terang'?
ishhh
apela yang saya repekkan ni???
mestilah awak tahukan?
sebab,,,
awak seorang daie
seorang murabbi
lagi-lagi...
cukup masa nanti awak, dan kawan-kawan kita yang lain bakal menjadi asatizah untuk mereka di luar sana kan?

awak,
awak ingat tak kata-kata Ustaz MAH?
"untuk menjadi seorang murabbi bukan senang. Andai jiwa kita masih dihijab dengan dosa-dosa, ilmu yang bakal kita sampaikan tidak akan 'sampai' kepada anak didik kita"...(lebih kurangla maksudnya)

so,
kat sini saya sekali lagi bukan nak down-kan awak tau sayang

hanya...
nak pesan kat awak, diri saya sendiri juga mereka-mereka yang lain agar terus dan terus 'islah' diri
rebutlah peluang tarbiyyah yang diberi ini untuk terus maju
mengorak langkah demi Deen yang kita cintai ini

sebab...
kita tak pernah tahu kan apa yang terbaik untuk kita kan sayang?
hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui

 kita hanya mampu merancang macam-macam
sedangkan
hanya Dia lah sebaik-baik Perancang yang macam-macam

alamak!
maaf ya awak
saya memang macam ni
janji nak beritahu sikit je
tapi,
ni macam dah melalut-lalut
^_~

xpelah...
yang pasti,
satu yang saya nak awak tahu...

yang
saya sayang awak amat!
bukan kerana apa-apa

tapi
hanya kerana Dia!

awak jangan lupa untuk terus kuat ya!
(^_^)

::maafkan saya::


[[170311/04:19 a.m.]]





1 comments:

along said...

awk jahat...awk telah membazirkan airmata saya di dinding ini..tapi,xpe..dpt juga sy membersihkan mata dari habuk dan debu2.. :)

mekaseh syah..terharu sgt..terharu kerana diberi peluang bertemu syah dn kawan2 yg lain.kalian lah pembakar semangat sy untuk terus bertahan..jasa kalian,hanya mampu sy sandarkan pada Allah,untuk membalasnya..insyaALLAH,sy x pernah rasa terhina diuji sebegini..syah sgt baik..syg kamu sgt2! moga kerana Allah.. :)