BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 30, 2011

Sebuah Perjalanan...

::Bismillah::



05:50 a.m. : Bertolak ke Stesen kereta api Kluang

06:45 a.m. : Sampai di stesen

07:20 a.m. : Bertolak ke negeri tercinta menaiki 'Ekspres Timuran'

Di sepanjang perjalanan dari Kluang, pemandangan yang menarik perhatian saya dan sue ialah, suasana kanak-kanak berbangsa cina dan mungkin juga beragama Buddha sedang tekun menjawab soalan matematik di kerusi yang mereka duduki. Di saat itu, sungguh saya kagum dengan budaya yang telah diterapkan dalam diri mereka. Allah, terasa malu sekali dengan anak-anak kecil itu. Perasaan malu itu ingin saya ketepikan dengan mentadabbur ayat-ayat yang telah dikirimkan untuk kita semua. Allah. Sekali lagi saya malu kerana mashaf kesayangan tertinggal di Institut. Salam Maria juga! Walhal mahu dihabiskan pembacaannya di sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman. Setelah membelek hand-luggage, Alhamdulillah Stanza Cinta kepunyaan k.tqah aku bawa bersama. Alhamdulillah. At-least dengan Stanza Cinta itu tidak akan membuatkan aku mati kutu. ^_^

Sampai di Seremban, sebuah keluarga berbangsa India yang beragama Hindu telah memasuki koc saya.  Mengenai pak cik India tadi yang sanggup bersusah payah tapi langsung tidak dizahirkan riak wajah penat lelahnya kepada anak-anak. Mengenai keluarganya yang besar tapi sentiasa tersenyum, dan anak lelakinya yang berumur 10 tahun yang sempat diriba oleh saya dari Seremban sehingga sampai ke destinasi mereka iaitu 3 stesen sebelum Kuala Lipis.  Secara kebetulannya juga dari awal perjalanan hinggalah sampai di Stesen Wakaf Baharu koc yang saya naiki ini sememangnya dipenuhi dengan mereka yang telah berkeluarga. Alhamdulillah, mungkin ada hikmahnya saya berada di kalangan mereka. Walaupun koc yang saya duduki ini sangat bingit dek suara anak-anak kecil yang lantang suaranya. Tapi, pabila direnung kembali, mungkin dari merekalah saya akan melepaskan rindu dan secara sendirinya dari situlah saya boleh mentadabbur diri yang serba kekurangan ini. Allah3. Sungguh hebat percaturan yang telah di atur oleh-Mu.

**Allah, besar sekali pengorbanan seorang ayah dalam membesarkan serta mendidik anak-anak. Perit Jerihmu hanya Dia yang tahu. Sungguh mulia seorang insan yang bergelar ayah. Ummi juga.

18:50 p.m. : Sampai. Stesen Wakaf Bharu. Alhamdulillah, BAITI JANNATI! <3

Baiklah, dengan ini bermulalah fasa men-training diri untuk menjadi bakal zaujah yang solehah, muslehah, mukminah, mujahidah yang najihah..(bak kata k.ma', "dah boleh jadi bini orang dah ni") ada-ada jek idea k.ma' nak ngenakan saya yek? huk3~

**Sebenarnya, kena prepare mental fizikal sebab kena mem-baby seat adik besar dan baby besar. Sayalah ayah, sayalah ummi, sayalah nyai, sayalah abang, dan semestinya sayalah kakak sepanjang ummi ayah nyai beribadat di sana ^_*

**JZKKK abang sebab sentiasa call dan juga check perkembangan kakak. Kakak tahu abang risau sangat. Ppepon, kakak nak abang tahu yang kakak sayang abang amat! <3<3<3

~YUSAHHIL YA ALLAH~




[[280511/22:10]]

Friday, May 27, 2011

Jom Kuat!

::Bismillah::


Kami lemah andai tidak dititipkan kekuatan dari Mu Tuhan...

Sungguh kami terima semua ini dengan redha kerna tiap satu yg di uji pasti manis kan menanti.

Allah, bantu kami untuk lebih mengaplikasikan konsep redha+syukur itu...

Hasbunallah wani'mal wakil

~ANDA SEMUA, SILA KUAT YA?
Bersatu kita teguh,
Bercerai kita roboh,
Yang berat sama dipikul,
Yang ringan dijinjing sama...

Sepakat membawa berkat,
Asas hidup bermasyarakat,
Amalkan hidup yang sihat,
Selamat dunia akhirat...

(tiba-tiba terngiang-ngiang alunan nasyid kumpulan Raudhatul Jannah) ^_^

.::JomSelamanyaSatuHatiSeiaSekataSelamanya::.


-SayangSentiasaSelamanyaDemiDiaYangEsa-♥♥♥

~MogaAllahRedha~




[[270511/22:13 p.m.]]

Tuesday, May 24, 2011

Suatu ketika dahulu~

::Bismillah::


Pernah satu masa kawan saya berpesan....;

Kagungan persahabatan tidak terletak pada tangan yang dihulurkan untuk memberi bantuan ataupun senyuman yang penuh keikhlasan mahupun keseronokan untuk berteman,

tetapi...

Ia merupakan inspirasi dalaman yang kita rasai pabila kita menyedari bahawa terdapat seseorang yang mempercayai diri & persahabatan kita.

Allah3...

Pasti kan merindui dia saat terbaca bait-bait kata di atas ^_^



[[240511/20:03 p.m]]

Kami di sini...

::Bismillah::

Percaturan buat kami

Seorang di sana
Seorang juga di sana

Kami bertiga disini
Melepaskan mereka pergi
Berdoa di tempat suci

Ya Hafiz

Pelihara kami
Wahai sebaik-baik Pemelihara



[[240511/12:41p.m.]]

Sunday, May 22, 2011

Dua paper sudaaa...Alhamdulillah~

::Bismillah::

Saat ini
hanya Dia yang tahu

Bagi hamba
Paper tadi
Tidak seperti paper yang lepas

Sebaliknya pula bagi mereka

Allah3

Mereka pula
gayanya, Alhamdulillah telah dipermudahkan untuk menjawab

Seronok
melihat keletah mereka

Bagi hamba
hmmm..
Cukuplah
Hanya Dia yang tahu

Betullah
Masing-masing punya momen tersendiri

Allah3...

Serangan itu
Allah...
Hanya Dia yang tahu

Ya Allah
Permudahkanlah urusan-urusan kami

Ya Bari' Ya Allah
Sungguh
Kami tak mampu menandingi aturan agendaMu

Ya Hafiz
Peliharalah
Sejahterakanlah
Mental Fizikal kami

Menanti
Dua hari saja lagi
Yusahhil Ya Allah

Anda semua
Doakan saya ya?

Allah3

~JZKK~


[[230511/13:17]]

Wednesday, May 18, 2011

Sungguh Engkau fasih mengenai kami Ya Rabb...

::Bismillah::


Sekiranya,


Kita cinta kepada manusia,

Tak semestinya manusia cinta kepada kita,

Tetapi sekiranya,


Kita cinta kepada Allah,


Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,

Kita cinta kepada manusia,

Kita akan cemburu kepada orang yang

Mencintai orang yang kita cintai,

Tetapi sekiranya,


Kita cinta kepada Allah,


Kita akan turut mencintai orang yang


Melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,

Andainya dia adalah jodoh

Yang ditetapkan olehMu kepadaku,

Maka,


Campaklah ke dalam hatiku,


Cinta kepadanya adalah keranaMu,


Dan campakkanlah ke dalam hatinya,


Cinta kepadaku adalah keranaMu.

Namun,

Andai dia bukanlah jodoh yang

Ditetap olehMu kepadaku,

Berikanlah aku kekuatan agar pasrah,

Dalam mengharungi ujian,

Yang Kau berikan kepadaku..
 
~Thanks to Afifah Najib_sahabat MMP~




.::Bicara Hamba::.

Allahu Rabbi...

Hanya Dikau yang fasih lg 'alim mengetahui...

segala yang tersimpan kejap di sanubari

Tiadalah kuasa lain yang mampu menandingi ilmu Mu Ya 'Alim

Allahu Ya Bari'...

Sesungguhnya Engkau Maha Mengatur segala agenda hidup kami

Maka,

Aturkanlah agenda-agenda hidup kami dengan sebaik-baik aturan Ya Allah

Allahu Ya Hafiz Ya Allah...

Peliharalah diri kami dari terjerumus ke lembah kehinaan wahai sebaik-baik Pemelihara

Sungguh kadang-kadang kami alpa

Selalu juga kami lagha

Dengan nikmat duniawi yang entah sampai bila mampu kami nikmati

Allah3...

Selamatkanlah diri kami dari tipu daya syaitan laknatullah

Peliharalah jua diri kami dari fitnah dunia jua fitnah mahsyar kelak Ya Hafiz

Allahu Ya Quddus

Ya Jalil

Ya Allah...

Sucikanlah diri kami dari terpalit aspal-aspal hitam

Sungguh, dengan noda-noda ini

tak sanggup untuk kami bertemu denganMu di Mahsyar kelak

Kami malu Ya Rabb

Allah3...



[[180511/20:07 p.m.]]

Monday, May 16, 2011

Demam Imtihan...^_^

::Bismillah::

Memandangkan hari khamis ni bakal imtihan, makanya, saya nak post mende alah ni..

Apa ya??

Sabar-sabar...


Okla. Asma' Allah je sebenarnya.
Jom sama-sama beramal.
Moga dipermudahkan segala urusan kita
Study bukan sekadar untuk imtihan je tau kawan-kawan
(Ingatan untuk diri hamba juga tau)
^_^


**Kalau waktu tengah menjawab, tiba-tiba stuck, cuba baca Allahu Ya Zohir, Ya Hadi, Ya Nuur..InsyaAllah akan dipermudahkan..Tapi kena yakinlah yang utamanya

**Jangan panik tau kawan-kawan..Dia sentiasa di sisi kita semua~ameen...

**Moga dipermudahkan segala urusan kita semua

**Doakan kejayaan bersama ya? ^_~

p/s; Khamis-190511 ni paper Falsafah (EDU 3101),,asal belek buku Falsafah mesti akan zzZZzz...adoi!Falsafah seronok sebenarnya sebab sejarah kan..tapi, malas sungguh nak baca. Kena ada orang tolong story telling-kan baru 'masuk' dengan cepat ^_*

Isnin-230511:
(EDU 3102) Perkembangan Kanak-Kanak

Selasa-240511:
(PIM 3101) Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Rabu-240511:
(PIM3102) Pedagogi Pendidikan Islam Sekolah Rendah



[[170511/09:30]]


Sunday, May 15, 2011

I am looking For a Teacher...

::Bismillahirrahmanirrahim::



I am looking for a teacher
Who is beatiful inside
Honest with the students
Giving them a sense of pride

I am looking for a teacher
With a healthy self esteem
Who clearly states the rules
And doesn't have to scream

I am looking for a teacher
who creatively prepares
But Whose first priority
Is to convey that she cares

I am looking for a teacher
Who is interested, not aloof
Who treat her students with respect
Even when they goof

I am looking for a teacher
Who knows how to laugh and smile
Who enjoys what she's doing
And goes the extra miles

I am looking for a teacher
Who believes all students can learn
Who praises their efforts and talents
They give their best return

I am looking for a teacher
Who communicates with parents well
Gently and carefully selecteing words
When there's problem to tell

I am looking for a teacher
Who will fill a child with desire
To love to learn more every day
With curiosity that won't tire

I am looking for a teacher
Who encourages children to havea dream
To work at solving problems
Building their self esteem
There are some teachers out there
The kind I am looking for
For their student's success
They have opened the door


~Happy Teachers Day~

..Selamat Hari Guru kepada kedua ibu bapaku dan Nyai khususnya,, tak lupa juga kepada semua guru yang telah mengajar hamba dari kecil hingga kini..
TERIMA KASIH ^_^

Lev Vygotsky;
:: Siapa kita adalah dipengaruhi oleh persekitaran/bi'ah yang kita dibesarkan::
"olahan ayat"
^_*


**Jazakillah ummi kerana telah menghadiahkan poem ini untuk kakak. InsyaAllah, kakak akan cuba dan cuba mendidik diri agar 'mereka' juga terdidik...

**Saban hari akan menelek poem ini dengan tidak sengaja,,' sapa tahu akan faham' ^_^~

**InsyaAllah kakak akan jadi secemerlang ummi..ameen

**Guys, d0akan agar ana bisa menjadi se0rang mu'allimah yg akan mendidik jiwa anak-anak bangsa demi menggapai matlamat jannah sebagai pengakhirannya


**SELAMAT HARI CIKGU sahabat-sahabat ^_*



[[160511/08:25]]


Wednesday, May 11, 2011

Kawan,,Teman,,Sahabat.....

::Bismillahirrahmanirrahim::



Selama ini kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini padaMu Ilahi
Teman yang dicari selama ini
Telah kutemui

Dengannya disisi
Perjuangan ini
Senang di harungi
Bertambah murni kasih Ilahi
Kepada Mu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan kasih sayang kita
Kepadamu teman
Kupohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telahku ungkapkan segala-galanya
Teman
Bersamalah kita semaikan persahabatan ini
Dengan keimanan
Teruskanlah perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu Teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telahku ungkapkan segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita
Haa…….
Kumencari-cari teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci
Haaa……..

Tajuk Nasyid : Teman Sejati
Artis : Brothers
Album : Teman Sejati



Nota hati :

  1. Maaf, saya tak pernah berjaya untuk menjadi kawan, teman, sahabat terbaik awak.
  2. Awak KUAT ya! Dugaan-dugaan itu semua sekadar nak menguatkan lagi mengukuhkan iman awak + nak jadikan awak kuat dalam sof ini. Awak tak lemah sayang. Malah daya tahan (inner strength) awak lagi kuat dari saya tau! Part ni memang saya salute! Sepatutnya saya anak perempuan sulung yang patut kuat kan? Tapi, nampak gayanya awak lagi kuat tau. Jarang kot saya jumpa orang macam awak. Saya bangga awak jadi kawan, teman, sahabat saya. Lillah! ^_^
  3. Saya tahu awak letih, perlukan masa untuk re-cover semuanya. It's ok sayang... Ambillah sebanyak mana masa yang awak perlukan.
  4. Kalaulah selama ini awak boleh jaga hati perasaan saya, jaga makan minum saya, jaga kebajikan saya, takkanlah saya tak dapat nak addapt dengan semua ni kan sayang? JAZAKILLAH! :)
  5. Awak nak tau tak, awak seorang pemimpin yang sangat berdedikasi tau! Do take it as a compliment ok~ ^_*
  6. Saya minta maaf sekali lagi sebab serius saya tak pernah berjaya jadi kawan, teman, sahabat terbaik awak. TT_TT
  7. Tapi tak mengapa, sebab saya tahu awak punya mereka yang lagi mantap. Saya bangga sebab awak ada mereka yang mantap. Saya tak cemburu. Malah BANGGA tau! ^_^
  8. Maaf untuk segalanya andai sepanjang perkenalan kita, saya selalu menyakat, mengguriskan hati awak yang melampau. Halalkan segala makan minum saya ya.
  9. Dah2. Awak jangan sedih-sedih lagi tau. Tak CUMEYL nanti! *_^
  10. Kalau awak rasa sedih, down, awak sujudlah, cerita ceriti la kat kakak-kakak juga 'kakak-kakak' awak. Awak bertuah tau sebab awak punya kakak-kakak juga 'kakak-kakak' yang sangat baik,prihatin, lagi penyayang =)
  11. Terima kasih...^_~


    Doa saya; Moga ukhuwah kita-kita harum mewangi hingga syurgawi...
    Masing-masing punya peranan+posisi masing-masing kan?
    "Till Death Do Us Part"
    Moga ianya kerana Dia yang Satu
    InsyaAllah
    ^_^
    Salam Ukhuwah Mahabbah Fillah
    ~Fi Amanillah Sayang~
    [[120511/01:43]]

Sunday, May 1, 2011

Sepi? + Sunyi?? = Sendiri???

::Bismillahirrahmanirrahim::






Manusia itu tidak sendiri,


tetapi merekalah yang menyendirikan diri sendiri.
 
 

Melemparkan keimanan jauh daripada hati,


dan memisahkan diri dari Ilahi.


Akhirnya


sepi, sunyi, sendiri...


Allah,,allah,,allah







Mode: Cuba dan terus mencuba me-re-cover semuanya



~Khair insyaAllah~




[[020511/10:33 a.m.]]