BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 30, 2011

Sebuah Perjalanan...

::Bismillah::



05:50 a.m. : Bertolak ke Stesen kereta api Kluang

06:45 a.m. : Sampai di stesen

07:20 a.m. : Bertolak ke negeri tercinta menaiki 'Ekspres Timuran'

Di sepanjang perjalanan dari Kluang, pemandangan yang menarik perhatian saya dan sue ialah, suasana kanak-kanak berbangsa cina dan mungkin juga beragama Buddha sedang tekun menjawab soalan matematik di kerusi yang mereka duduki. Di saat itu, sungguh saya kagum dengan budaya yang telah diterapkan dalam diri mereka. Allah, terasa malu sekali dengan anak-anak kecil itu. Perasaan malu itu ingin saya ketepikan dengan mentadabbur ayat-ayat yang telah dikirimkan untuk kita semua. Allah. Sekali lagi saya malu kerana mashaf kesayangan tertinggal di Institut. Salam Maria juga! Walhal mahu dihabiskan pembacaannya di sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman. Setelah membelek hand-luggage, Alhamdulillah Stanza Cinta kepunyaan k.tqah aku bawa bersama. Alhamdulillah. At-least dengan Stanza Cinta itu tidak akan membuatkan aku mati kutu. ^_^

Sampai di Seremban, sebuah keluarga berbangsa India yang beragama Hindu telah memasuki koc saya.  Mengenai pak cik India tadi yang sanggup bersusah payah tapi langsung tidak dizahirkan riak wajah penat lelahnya kepada anak-anak. Mengenai keluarganya yang besar tapi sentiasa tersenyum, dan anak lelakinya yang berumur 10 tahun yang sempat diriba oleh saya dari Seremban sehingga sampai ke destinasi mereka iaitu 3 stesen sebelum Kuala Lipis.  Secara kebetulannya juga dari awal perjalanan hinggalah sampai di Stesen Wakaf Baharu koc yang saya naiki ini sememangnya dipenuhi dengan mereka yang telah berkeluarga. Alhamdulillah, mungkin ada hikmahnya saya berada di kalangan mereka. Walaupun koc yang saya duduki ini sangat bingit dek suara anak-anak kecil yang lantang suaranya. Tapi, pabila direnung kembali, mungkin dari merekalah saya akan melepaskan rindu dan secara sendirinya dari situlah saya boleh mentadabbur diri yang serba kekurangan ini. Allah3. Sungguh hebat percaturan yang telah di atur oleh-Mu.

**Allah, besar sekali pengorbanan seorang ayah dalam membesarkan serta mendidik anak-anak. Perit Jerihmu hanya Dia yang tahu. Sungguh mulia seorang insan yang bergelar ayah. Ummi juga.

18:50 p.m. : Sampai. Stesen Wakaf Bharu. Alhamdulillah, BAITI JANNATI! <3

Baiklah, dengan ini bermulalah fasa men-training diri untuk menjadi bakal zaujah yang solehah, muslehah, mukminah, mujahidah yang najihah..(bak kata k.ma', "dah boleh jadi bini orang dah ni") ada-ada jek idea k.ma' nak ngenakan saya yek? huk3~

**Sebenarnya, kena prepare mental fizikal sebab kena mem-baby seat adik besar dan baby besar. Sayalah ayah, sayalah ummi, sayalah nyai, sayalah abang, dan semestinya sayalah kakak sepanjang ummi ayah nyai beribadat di sana ^_*

**JZKKK abang sebab sentiasa call dan juga check perkembangan kakak. Kakak tahu abang risau sangat. Ppepon, kakak nak abang tahu yang kakak sayang abang amat! <3<3<3

~YUSAHHIL YA ALLAH~




[[280511/22:10]]

0 comments: