BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 12, 2012

Tiada apa

::Bismillah::

Melakar rasa yang tiada cukup perisa pada nota 'nasikh wa mansukh' ;P

sangat jemu melihat kertas yang tiada noda ;)

Sedang mencuba melukis seekor tupai. Sebenarnya ia adalah 'task' bagi subjek WAJ 3106 (Seni dalam Pendidikan). Bagi mereka yang gemar melukis secara serius memang seronokla ada subjek seperti ini. Saya? Seronok sebab dapat gelak apabila tengok hasilan sendiri hehe. Tarikh submit lagi dua minggu. Saiz gambar perlulah bersaiz A3. Teknik cross hatching segala. Sabo jela.


antara pilihan gambar yang perlu dilukis

Dalam proses men-seni-kan diri. Apa taknya, sem ni subjek wajib semuanya mengenai seni. Seni dalam pendidikan ada tiga pecahan. Seni lukis, seni muzik dan seni pergerakan. Tu belum masuk Teknologi dalam Pendidikan lagi. 

Ahha!
Sem ni juga belajar subjek jawi. Teringat lagi perbualan antara saya dengan Kak Azi (senior P.Islam) masa zaman rajin & mampu main squash dulu2. Kak Azi pernah cerita tentang subjek jawi untuk sem 4. Dengar macam senang. Hakikatnya dah nak jadi ustazah memang kena masyi-la cara penulisan khat nasakh dan rik'ah. Memang tak susah. Tapi kalau nak mengajar nanti memang sure kena masyi betul. Alhamdulillah waktu zaman peralihan kt Maahad Muhammadi Perempuan dulu2 kami telah di trained untuk praktis menulis dalam buku khat warna hijau. Kini, untuk menulis khat seperti dulu2 macam dah tak dapat kot. Sangatla berkarat skill2 menulis khat ni. Allah.

Konklusinya, ingat macam petik jari ke untuk jadi seorang pendidik ni? Jangan dilupa, sebaik-baik contoh pendidik ya? Contohilah segala yang telah ditunjukkan oleh arrasul Muhammad S.A.W. Tiadalah ikutan yang lebih baik selain yang telah ditunjukkan oleh Baginda Muhammad S.A.W. 

Positifkan minda, niatkan kerana Allah, insha Allah semuanya akan menjadi mudah. 

Allahu a'lam~

0 comments: