BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 14, 2012

Aku masih punya abah

::Bismillah::


Sudilah mendengar rintihan si anak duhai abah...

Janganlah kau persiakan dia.
Sungguh, mungkin kau punya cara tersendiri untuk menzahirkan kasih sayangmu.

Akan tapi,
dia hanya pinginkan perhatian dari mu.

Atau mungkin,
cukuplah sekadar bertanya khabar.

Janganlah kau zalimi dia kerna kau sudah punya yang baru.

Kasihanilah dia duhai abah~

***


Kadang, timbul perasaan takut di segenap ruang jiwa saat memikirkan tentang ini semua. Dengan pengalaman2 yang telah dialami oleh orang2 terdekat samada sahabat atau siapa sahaja membuatkan saya makin risau dengan dunia sekarang. Allahumma! Situasi dimana si suami buat onar di belakang. Dan kini, wujud juga si isteri yang nusyuz. Ingatkan dalam drama melayu sahaja yang berlaku. Rupanya, realitinya sama juga! Astaghfirullah3... 


Dari sisi yang lain;
Allahumma! Senangnya mereka 'lari'. Emosi saya boleh terganggu apabila saya mendapat perkhabaran seperti ini. Saya tak pernah salahkan sebelah pihak sahaja, lagi-lagi lelaki. Dan tak pernah saya menangkan perempuan sahaja walaupun saya juga seorang perempuan. Janganlah kalian menghukum selagi mana kalian tidak berupaya untuk mendengar dari sebelah pihak yang lain. TIDAK ADIL namanya! 

Kasihan anak-anak. Secara tak langsung mereka terkena tempiasnya. Nampak sikit. Hakikatnya, emosi mereka amat terganggu dek kerana rumah tangga mama abah mereka tidak seperti sahabat-sahabat yang lain. Allahumma!

Membesarlah kalian dengan tabah. Janganlah kalian menghukum daddy mahupun mummy kalian dek kerana mendengar jawapan helah dari sebelah pihak sahaja. Allahumma, lindungilah mereka, kasihanilah mereka. Dengarlah rintihan hati mereka serta makbulkanlah doa2 mereka. Sungguh, mereka tersepit di antara dunia yang telah diciptakan untuk mereka.

“..Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: ayat 216)

***



"Allahumma inni uridu an atazawwaja faqaddirli minarrijal ahsanuhum khalqan wakhuluqan, tho'atan, hafizhotan, tawafaquni, wawafiquhi, wataghnini fideeni wa dunyaya"



*Maaf, ter-emo pula! Patutlah ayah suruh keluar dr bidang syari'ah & ambil bidang pendidikan w/pn pd hakikatnya saya minat amat bidang syari'ah. Tapi, Allah telah memakbulkan doa sewaktu saya darjah 1; cita2 saya nak jd ustazah! Hebatkan perancangan Allah?!*


~Allahua'lam~