BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Saturday, September 29, 2012

promo-inner tudung sejuk


::Bismillah::


LET's COVER OUR 'AURAH! ^__^




Wanna BUY?? Juz PM me k~

::Moga Allah Redha::



Specially designed by;


^__*




Sunday, September 23, 2012

Tak Ringan

::Bismillah::


PEMIMPIN



Menyebutnya senang.

Menanggungnya berat.

Tapi, 
hakikat seorang hamba pasti tak lari dari tanggungjawab itu.

Di dunia tanggung.

Di akhirat jawab.

Hmm, andai di dunia banyak compang campingnya,

Di akhirat gagap jawabnya.

Bukan untuk mengata anda

tapi buat peringatan hamba yang utama.

Paling terkesan sehari dua ini,

kerana keterlambatan tindak balas juga ingatan yang kian tumpul
menyebabkan pihak lain tawar hati.

Perit ditembak.

Mereka betul.

Husnuzzhon. Ambil 'Ibrah. Buat sehabis baik.

Insha Allah moga terselit hikmah.


Mulai esok, Isnin-Khamis akan berjimba-jimba di Sekakap Mersing.
Perkhemahan Badan Beruniform-Gabung semua B.Beruniform yang ada di sini.
Saya?
Sepertimana lencana di atas. :)

Moga Allah Redha

Bismillahi tawakkaltu 'alallah

-ama-

Monday, September 17, 2012

langkah

::Bismillah::



...


.....



.. Jalan lurus jangan disangka tiada denai yang berliku. Kerna, hakikat seorang hamba pasti kan diuji sebelum mencium wanginya haruman syurgawi..

boleh ke caption gambar ni macam ni? Biaq pi la.. Janji hati senang. ;)

[gedung gambar sendiri]

Wednesday, September 12, 2012

Kepada yang memerlukannya

::Bismillah::

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Seinfiniti kesyukuran ku rafa'kan pada Dia yang Maha Kuasa kerana masih sudi memberi nikmat Iman dan Islam serta nikmat KEFAHAMAN yang mahal harganya. Alhamdulillah~ 

Insha Allah entry kali ini saya akan berkongsi sedikit kalam yang diterima suatu ketika dahulu. Lama sudah. Ianya saya jumpa pada hari Sabtu yang lepas di dalam sebuah buku dalam kotak bawah meja belajar saya. Di situ, saya coretkan semuanya buat iktibar di masa depan. Buat yang memerlukannya, ambillah. Saya izinkan~

"Dalam hidup kita Tuhan akan bagi kita peluang untuk berjumpa dengan orang yang betul-betul sayang kita.. Tapi, hanya sekali. Tak kiralah keluarga, kekasih @ sahabat sekalipun.. Sekiranya kita leka, kita akan kehilangannya buat selamanya.. Tapi, kita tak pernah tahu siapa orangnya jika kita snirik tak pernah sedar & tak pernah cuba untuk menilai kehadirannya. Mungkin, setelah segalanya berlalu kita mula sedar & mungkin kita tak berpeluang lagi memilikinya lagi." -280209-

Kata yang tidak pernah terungkap,

Betulkah kita tak kan berpeluang memilikinya lagi? Cukuplah sekiranya jika dia sememangnya telah dijanjikan untuk kita, pasti walaupun 1001 mehnah yang menimpa, dengan izin yang Maha Kuasa, dia kan kembali jua. Pegang ia kemas-kemas diiringi dengan usaha yang berterusan. Tapi, jangan dilupa, jadikan ia sebagai jambatan dalam menggapai redha Ilahi. Mahu couple? Maaf. Mahu bernikah? Silakan. Kerna aku tahu iman ku bukanlah sehebat Saidatina 'Aisyah teman seperjuangan Ar-Rasul Muhammad S.A.W.

Petikan kata-kata dari fb saya,
Buat sahabat2 yang bakal menikah, 
Kita lebih memerlukan duit selepas berkahwin. Oleh itu, cukup sekiranya jumlah belanja untuk perkahwinan sekadar memenuhi keperluan hukum Allah. Sesungguhnya, SYARAT sah NIKAH itu MUDAH! Tidaklah perlu kepada hantaran yang berbondong-bondong baru ia dianggap sah. Pedullikan kata orang. Mulut orang sampai bila tak dapat kita tutup. 
-Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta; Shamsuddin Kadir-

*Bercakap mengenai ini tidak bermakna wadah perjuangan utama telah kita biarkan sunyi sepi dari kamus hidup kita* 


..Allahua'lam..

Monday, July 30, 2012

Dulu, Kini...

::Bismillah::


Engkau ada, pasti aku ada.
Aku ada, pastilah engkau juga ada.

Dulu, pasti kita sentiasa beriringan kesana kemari.
Kini, seorang disana seorang disini.

Dulu, solat.. makan.. apa sahaja pasti bersama.
Kini, kekangan masa menghambat kita melakukan itu semua.

Dulu, masih sempat berpapasan salam sebelum merehatkan badan
Kini, aku pulang disambut keenakan engkau beradu dipembaringan. 

Dulu, tempat persinggahan ini dikemas bersama tak kira masa
Kini, ia tetap tersusun indah walau ia tidak lagi dilakukan bersama.

Dulu, menadah ilmu sampingan bersama
Kini, aku sendiri engkau sendiri.

Dulu, sentiasa bersama-sama merangka ayat2 helah
Kini, masing-masing dengan gaya tersendiri.

Aku meminta
Engkau memberi

Engkau meminta
Aku memberi

Indah!

Saat-saat genting pasti sentiasa menghambat diri
Pulang ke kamar dilihat kertas-kertas putih tersusun kemas
Rupa-rupanya engkau tidak biarkan aku sendiri mencari erti diri

Subhanallahi wabihamdihi
Subhanallahil 'azhim

Walau kita tidak lagi beriringan ke sana ke mari 

Tapi, aku pasti engkau sentiasa mendoakan kesejahteraan aku setiap kali sujud menghadap Ilahi.

Sungguh, ianya begitu indah!

Entah ayat apa lagi yang mampu diungkapkan untuk kenikmatan ini. 

Terima kasih ukhti~

Terima kasih untuk segalanya.

Sentiasa rindu untuk melihat ukir senyumanmu. :)

*maaf, aku tidak pandai bermain bahasa indah*

-Sunnah manusia yang berjuang itu akan selalu terpisah jasadiyahnya.
Tapi, rabithah hati itulah yang akan sennatiasa mengikat mereka-

::Semoga Allah Redha::


Sedang diulit oleh bacaan imam tarawih IKIMfm.
Indah sekali alunannya. Persis masyari!
Atau memang Masyari yang sedang mengalunkannya?
Subhanallah~






Sunday, July 29, 2012

Meminta tanpa henti

::Bismillah::


Fitrah seorang hamba itu,
pastilah...
sentiasa meminta.

Hamba,
pintalah yang baik-baik.

Rugi,
seandainya seorang hamba itu tidak merebut peluang yang telah ditawarkan
Teramat rugi!

Pinta apa?
terserah pada kalian. 

Mahu tambah iman? Tambah soleh/ah? Jodoh? Rezeki? Tambah TEGUH di atas jalan yang penuh onak & liku ini?
Terserahlah.

Pasti,
Dia Maha Mendengar, 
Maha menerima.

Tolong,
Jangan cepat alah! 
Siapa kita untuk lari dari taklifan yang diberi oleh Allah?
Kotakan janji2 antum..

Andai luka2 itu terzahir di fizikal,
ingatlah..
pasti luka2 itu akan bersuara di mahsyar kelak.
Berbanggalah antum kerana luka2 itu antum dapati di sepanjang jalan yang sentiasa mengharapkan redha Ilahi.

Hapuskanlah sebarang lintasan untuk kembali turun ke tangga yang terawal di saat sedang mendaki dengan penuh lelah ke tangga yang paling diredhai.

Insha Allah...
pasti masih ramai yang sudi
untuk saling membahu menuju kearah yang Satu.

Pinta,
dan teruslah meminta.



[bersama]

~Salam Keinsafan Berpanjangan~

:)


Monday, July 16, 2012

Tatkala gambar berbicara~

::Bismillah::

Tika hati dan minda sedang hebat merangka barisan ayat untuk di tekan pada papan kekunci,
tapi... 
cukuplah gambar sebagai penggantinya.






[bersua kembali setelah 3 tahun meninggalkan bumi MMP]




Kekadang, tak perlu diungkap panjang sedepa bagi mengungkap segala yang bermain di ruang minda. 

Terpulanglah kepada kalian untuk mengintepretasikannya. :)