BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 27, 2010

Bertaubatlah diri...



alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah, kerna diri ini masih diberi kesempatan untuk menghirup pelbagai kenikmatan yang dikurniakan oleh-Nya....

sebentar tadi sesi ta'lim dan tazkirah telah berakhir..alhamdulillah kerna Dia memberi kesempatan pada syah untuk mengikuti sesi ta'lim yang diadakan khusus buat akhawat kelasku..dengan mengikuti sesi ta'lim alhamdulillah hati-hati yang gersang kembali subur..syukur ku panjatkan kerna Dia masih memberi kesempatan kepada akhawat kelasku untuk terus istiqamah dalam mengadakan diskusi-diskusi ilmu seperti itu..

antara isi-isi ta'lim yang sempat syah ingat ialah;

  1. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda bahawa didalam neraka nanti penghuni-penghuni'y terdiri daripada manusia-manusia yang gagah yang mana mereka juga suka mengumpul harta dan juga sombong. Manakala bagi penghuni-penghuni syurga pula tergolong daripada manusia-manusia yang lemah dan tertekan.
  2.  Sebaik-baik akhlak ialah sesiapa yang ikhlas dalam mengerjakan sesuatu perkara.
  3. Janganlah kamu berasa HINA dengan keadaan diri kamu.."maaf..huraian'y tetibe lk syah terlupa..allahummashalli'ala sayidina muhammad"

bagi tazkirah pula, ukht na telah menyampaikan tazkirah ringkasnya yang bertajuk 'TAUBAT'...

bertaubatlah kamu selagimana pintu taubat masih terbuka...subhanallah...betapa kita mempunyai Tuhan yang begitu MENYAYANGI kita sehinggakan masih memberi peluang yang cukup luas buat kita untuk meminta/memohon ampun diatas setiap kesalahan yang telah kita lakukan..pernahkah terdetik di hati kecil kita bahawa, "Dia akan ampunkan tak dosa yang telah aku lakukan selama ni?"...wahai teman se-akidah, ketahuilah bahawa Allah itu Maha Pengasih lagi MAha Penyayang...Dia pasti akan mengampunkan setiap hambanya selagimana hamba itu "sami'na wa ato'na" tunduk dan patuh dengan segala perintah-Nya..hakikatnya jika hati kita terus melakukan maksiat, hati kita tidak akan pernah tenteram..mungkin kita akan mengatakan bahawa kita sudah cukup tenang dan selesa dengan keadaan seperti biasa..tapi, ingatlah sahabat bahawa hati kita tetap tidak akan tenang jika diri kita masih melakukan maksiat..na'uzubillah~~oleh itu, marilah bersama-sama kita merenung kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang kita hidup di atas muka bumi ini..cuba didik diri kita untuk 'scan' bermuhasabah sebelum tidur..dari situ kita tidak akan terus lupa mahupun lalai dengan segala kesalahan yang telah kita lakukan sepanjang hari...

aakhirul kalam, sebagai tambahan...syah menasihatkan diri syah sendiri agar tidak terus alpa dengan tanggungjawab sebenar syah sebagai seorang hamba,anak dan juga pelajar......"carilah, kutiplah sebanyak mungkin ilmu ..sertakan juga sifat sabar kerna ini juga dikatakan jihad!"...Innallahama'assobirin~~~

0 comments: