BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 21, 2010

AYUH KEMBALI! JUA SELAMANYA MENJADI DAIE!^^

Salam seindah suria buat seluruh insan samada yang mengenali mahupun tidak.
Jam sudah menghampiri 1.39 minit pagi..waktu untuk berkhalwat dgn Dia makin hampir. Tapi, sepasang mata ini masih leka menghadap ‘lappy’ kesayangan demi meneguk sedikit ilmu yang kian di abaikan. Bukan sengaja untuk leka di depan ‘lappy’ ini. Tapi, entah mengapa sepasang mata ini seolah-olah sudah berkompromi sedari tadi untuk tidak diminta berehat^^~haish…alasan2 **sila jangan ikut gaya hidup saya ok!**

Alang-alang tak tidur malam, baik juga ana menaip sedikit demi sedikit isi-isi yang bakalan ana p0st bagi entry yg seterusnya^_^…sebenarnya rindu amat untuk menulis. Tak kiralah menulis di sini ataupun di mana-mana hatta hanya menulis di cebisan2 tisu sekalipun!hehe.. tak sempat sangatkah untuk ana menulis? Jawapan yang boleh ana beri ; entahlah. Kalau tak sempat langsung macam tipu la kan. Bukan tak sempat akhawat, tapi macam banyak amat kekangan untuk syah lorekkan 1001 manfaat buat diri syah jua untuk antunna sekalian di atas mana-mana cebisan kertas! Bertubi-tubi serangan idea menimpa minda ini. Tapi, ketika itu bertubi-tubi juga mehnah yang terus-terusan menimpa. Innalillah wa Alhamdulillah. Setelah lama minda ini tidak diguna pakai secara maksima, serasa seperti susah untuk me-recall semula idea yang pernah menyerang secara bertubi-tubi suatu ketika dulu=)

Takpelah, mungkin malam ni (o0opsie!bukan malam la, tapi pagi^_~) Allah bagi peluang pada ana untuk berkongsi apa yang telah ana dapat sebelum ini. Tak banyak pun, tapi bagi ana ia cukup bermakna untuk meningkatkan ruh2 perjuangan dalam diri kita semua akhawat!
Dalam beberapa hari saja lagi, kita semua bakal menerima ‘adik2’ baru kan? Khususnya bagi semua pelatih IPG di seluruh Malaysia. Di sini ana ingin mengajak antum/antunna sekalian untuk terus setia serta tidak jemu untuk memimpin ‘adik2’ yang bakal mendaftarkan diri kelak. Bukan bermakna dengan hadirnya ‘adik2’ baru kita perlu meninggalkan ‘adik2’ mahupun kakak2 jua abang2 yang lama yang mana masih perlu dan sentiasa memerlukan kepada bimbingan. Bukan ana memperkecilkan kredibiliti mereka yang terlebih dahulu makan garam. Tidak. Kerana bagi ana, pemberi nasihat tidak semestinya seorang senior manakala penerima nasihat bukanlah jua seorang junior semata! Tapi, kita sebagai ummah yang mengaku sebagai ummah akhir zaman perlu menjadi seorang pemberi jua penerima nasihat tanpa mengira umur, pangkat, masa dan keadaan. Ini kerna kita perlu kepada budaya saling ingat mengingati.


PEMBERI..~
Seperti mudah saja kan untuk hanya menjadi seorang pemberi? Sebenarnya tidak senang sama sekali untuk menjadi seorang pemberi. Kenapa? Kerana, setiap yang diperkatakan oleh lisannya bakalan di uji dalam pelbagai bentuk yang tak terduga dek pemikiran manusia yang sempit ini. Bahkan tanpa kita sedari kata-kata itu yang akan menjerat diri kita sendiri. Na’uzubillah. Bagaimana ya mahu jadi seorang pemberi yang tidak termakan dek kata-kata sendiri? Jawapanya, apabila sampainya sesuatu ilmu kepada kita, sebaiknya sebagai seorang mukmin perlulah kita mengamalkan setiap ilmu tersebut jua menyampaikan kepada mereka yang lain.
Tapi, mesti diberi perhatiam! Dalam memberi nasihat, ada cara dan langkah yang pelbagai. Lihat dulu orang yang ingin kita nasihatkan.
Latar belakangnya, perwatakannya, peribadinya, dan segala-gala yang dirasakan perlu. Kemudian, barulah memulakan langkah yang sepadan dengan bakal penerima nasihat kita.
Dalam masa yang sama, tingkatkan juga kualiti diri supaya memudahkan orang untuk menerima dengan senang hati semua intipati yang kita perkatakan. Dari hati yang bersih, akan turun ke hati yang sedar, insha allah.
 

PENERIMA..~
Jika menjadi seorang pemberi susah, jadi, untuk menjadi seorang penerima akan menjadi lebih senangkah berbanding menjadi seorang pemberi? (betul ke susunan ayat ni? Macam tak betul je ase)…

Dalam menjadi seorang penerima pula, kita mestilah, jangan cepat melatah. Ambil nasihat yang diberikan, lihat dengan teliti, nilai dengan mata hati. Andai benar kita salah, perbetulkan. Andai kita benar, peganglah nasihat tersebut sebagai ingatan, dan tambahkan lagi nilai positif dalam diri supaya yang baik akan terus kekal menjadi baik.
Jangan lihat siapa yang menyampaikan nasihat tetapi, pandanglah nasihat yang disampaikan kepada kita!

Nak lihat juga pemberi nasihat tu? Ok, silakan. Dengan syarat, andai kita rasa dia lebih kurang dari kita, nasihat itu jangan dilemparkan begitu sahaja tetapi, ambil dan nilai sebaiknya. Kalau boleh diterima pakai, praktikkan. Kalau tidak, tiada salah pun untuk kita terima sebagai sebuah hadiah yang paling indah. Sekurang-kurangnya, ada juga orang yang prihatin dengan kita, kan?
Bahkan nasihat dari insan yang lebih baik dari kita pun tetap perlu dinilai, samada sesuai atau tidak dengan kondisi diri dan orang sekeliling.
“Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat”
-Rasulullah s.a.w.-




**Sedikit renungan bersama akhawat jua ikhwah sekalian ;


Segalanya telah pernah bermula dan akan diteruskan;

Bila bergelar DA’EI, kita wajib sedar bahawa jiwa kita tak boleh selamanya REMAJA,
Kata Al-Banna, tanggungjawab melebihi masa yang ada!
Dan tarbiyyah yang bersalutkan ilmu dan cabaranlah yang dapat mendewasakan kita,
Tapi cukupkah sekadar menerima tarbiyyah? Sampaikanlah pada yang lain-lain,
Bangunlah wahai SYABAB! Sedarlah wahai FATAYAT!
Kalian bukan memulakan perjuangan tetapi kalian adalah mata-mata yang menyambung rantai perjuangan.

** entry diatas hanyalah sebagai renungan jua ingatan kita bersama. Segala salah silap pinta dimaafkan jua diampunkan. Ketahuilah akhawat, hingga kini, diri ini jua tidak pernah lari dari melakukan serta mencorakkan titik-titik hitam. Bukan berniat untuk membuka pekung di dadad apatah lagi mengaibkan diri sendiri. Tapi, diri ini hanya pintakan sebuah ihsan dari antunna agar sudi memimpin seorang pacal yang hina ini dari melakukan titik-titik hitam secara sengaja mahupun tidak. Sudilah untuk terus-menerus menegur diri ini serta mereka yang berada di sekeliling kita tanpa rasa letih dan jemu. Ikhlaskanlah niat. Akrablah dengan Dia, InsyaAllah Dia akan mempermudahkan segala kesusahan yang kita hadapi. Percaya dan terus percaya dengan janji2 Dia ok!^^

0 comments: