BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 15, 2011

Hati...

::Bismillah::

Siapa yang mengetahui isi hati seseorang? 
Siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang?
Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia? 
Bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? 
Adakah kenyataannya seperti yang kita lihat? 

Hmmm, hati.

Tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati. Namun ingatlah, hanya Allah sahaja yang mengetahui segala isi hati ini dan DIA lebih memahami apa yang kita perlukan dalam mengisi ruangan hati ini..

Khair insyAllah.

~NFAT~

Dear Opah...

::Bismillah::


Al-Fatihah to my arwah Opah. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Ameen~ 

Semalam. 

111411.

Pergi tak kembali lagi. 

Kita, bila? 

Allahu Allah...



Our turn will come everone is on a sure journey to return to Him...May Allah showers Opah with his rahmah, fills her grave with the sweet smell of Jannah, may her resting place be fiiled with lights n gives her spaciuos comfort and may she be counted among the solihin....May Allah forgives her sins n accepts all her ibaadah as amal soleh.

Ameen3~



* Jzkkk kerana men-support*

*Terima kasih kerana sudi*

Wednesday, November 2, 2011

Seribu kali sayang

::Bismillah::


Dear;

Terima Kasih.

Tak kan pernah ku lupa

Apa yang telah kau coretkan pada kami

Terima Kasih.

Nanny?

Oh...

Dia seakan alah dengan panggilan itu

Kini

Tiada lagi wujud nanny

Tiada lagi wujud ...

Tiada lagi wujud ...

Dan semua itu tidak akan wujud lagi

Di minda kami

Mungkin kerna kami telah khususkan ia.

Dan mungkin juga kami akan 'tukarkan' ia nanti.

Terima Kasih.

Kanvas-kanvas yang telah dilakar begitu indah

sehingga kami ingin hantar semuanya jauh sekali.

Tapi,

Apakan daya kami.

Kerna kami juga punya hati.

Terima Kasih.

Kemana kau lemparkan janji-janji manismu?

Sewaktu kau memujukku di 'daerah' sana

Manis sekali saat itu

Biarpun esak tangisku tak kan pernah berhenti

Kau peluk aku erat

Di tangga suci itu

Kau dan dia

Tunggu penuh sabar

bawa aku ke depan.

Sungguh aku akan ingat hingga akhirnya

...Terima Kasih Kak...

:)


~~~~~~~~~~

Walaupun kau juga mereka 'beri',

Akhirnya, senyuman itu kelihatan kembali.

Kerna Dia Maha Pemberi.



*Seandainya kau baca*



Lagi, Tiada Tajuk...

::Bismillah::


Maaf.

Seandainya dijanjikan harta yang menggunung

hatta bulan bintang sekalipun,

Ia tak kan pernah bisa

membayar harga sesebuah  kasih sayang.


MAAF.


~Memori Eid-ul Fitr yang lalu. Kelu. Terkedu.~

Tiada...

::Bismillah::


Cukup.

Pedih.

Sakit.

Cukuplah.

Jangan BERDUSTA lagi.



Terima Kasih.

Cinta Sehujung Kuku

::Bismillah::

Pada suatu masa, tinggal sepasang suami isteri yang saling menyayangi
Pada suatu hari, si isteri membuat satu permintaan kepada suaminya untuk hidup tanpa dirinya. Dia meminta kepada suaminya untuk tidak menghubungi dia langsung  selama sehari..
Si isteri berkata kepada suaminya, “Bila abang dapat melepasi syarat  itu, saya akan mencintai abang selamanya”. 
Si suami bersetuju. Seharian dia tidak sms dan menelefon isterinya tanpa dia mengetahui bahawa isterinya hanya memiliki 24 jam untuk hidup, kerana si isteri terkena kanser..
Keesokan harinya si suami itu pulang ke rumah.
Air matanya menitis  melihat isterinya sudah terbaring dengan surat di tangan yang bertulis“Kamu berjaya sayang, bolehkah kamu lakukan perkara itu setiap hari..? Saya mencintai kamu selamanya..”


Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh


Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut

Jangan Mencintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur

Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku

Walau Kecil

Walau Selalu Dipotong

Ia Akan Selalu Tumbuh…

:)



Macam-macam yang ingin dicoretkan disini. Tapi biarlah ia tersimpan kejap di lubuk sanubari...






*Bila nak habis baca Murid & Alam Belajar ni??*



[[031111/00:24]]