BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
Showing posts with label mahbubah. Show all posts
Showing posts with label mahbubah. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

Dear Opah...

::Bismillah::


Al-Fatihah to my arwah Opah. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Ameen~ 

Semalam. 

111411.

Pergi tak kembali lagi. 

Kita, bila? 

Allahu Allah...



Our turn will come everone is on a sure journey to return to Him...May Allah showers Opah with his rahmah, fills her grave with the sweet smell of Jannah, may her resting place be fiiled with lights n gives her spaciuos comfort and may she be counted among the solihin....May Allah forgives her sins n accepts all her ibaadah as amal soleh.

Ameen3~



* Jzkkk kerana men-support*

*Terima kasih kerana sudi*

Sunday, October 23, 2011

nothing to say...

::Bismillah::


Khas untuk mereka yang saya sayang. Yang dekat, yang jauh, yang terpisah, yang tidak terpisah...

Ketahuilah saya sayang anda.

Muktamad.

Tiada wujud perkataan pilih kasih.

Masing-masing punya tempat di hati saya.

Anda juga!

~Terima Kasih~











Andai tergelincir
kembalilah berlatih
walau ia sekadar bertatih


Ketahuilah masih ramai yang menaruh kasih


Tiada siapa yang sempurna
tapi
kita masih punya ruang untuk  melengkapkannya
betul tak?


Entry ini;
*Just, all in 1*
-Kerana saya tidak pandai bermadah pujangga-

(^-^__^-^)



[[231011/18:27 p.m.]]


Wednesday, June 1, 2011

Day 4 at home ^_^

::Bismillah::


Khas untuk ;
ummiayahnyai, adik Thaqif dan juga abang+k.mun yang jauh di mata tapi dekat di hati...

Alhamdulillah hari ni semua berjalan dengan lancar. *cet! bajet cm banyak je agenda ^_~*

Menu kami di rumah hari ini;

Breakfast : mee goreng.

Lunch : nasi goreng. (adik-adik yang request nak makan nasi goreng)

High-tea : popia basah (first trial buat popia basah sendiri. Dari kulit popia, inti dan juga sambal semua sendiri buat tau. Huhhu..) Alhamdulillah sedapppp...hehhe~ semalam buat onde-onde. (Selain Kelantanese, diorang panggil kuih buah melaka ^_^) Semalam punya semalam buat donat. Esok adik-adik request onde-onde lagi. Tapi kakak nak makan butir nangka la.
*Padahal kalau untuk high-tea dengan adik-adik sepanjang ummiayahnyai tak ada, ummi dah sediakan makanan yang frozen, tinggal goreng je. Tapi, sorry ummi. Kakak nak makan yang kakak buat sendiri juga. Hehhe~ Abang, rugi abang tak balik rumah tau...Kalau tak kompem berat abang akan bertambah ^_*

Dinner : Selalunya adik-adik nak makan 'roti canai doraemon' tak pun, koko crunch+susu

## Sekarang adik-adik makan sikit sangat. Gara-gara lepas timbang. Masak nasi 2 pot untuk lunch+dinner, tak luak langsung. Untuk 4 orang makan pun tak pernah habis. Yang paling tak tahan sekali, baby pun dah pandai nak diet-diet. Padahal kecik lagi kan? adoi! Masalah-masalah. Kakak dari kecik tak pernah terfikir pun nak diet.^_^

Hari ni juga sangat seronok sebab dapat cakap dengan ayah,nyai,aunty penny dan ummi. Round table kot. Seronok. Tak terkata sebab dapat cakap dengan mereka. Lagi-lagi aunty penny. Lama sangat tak contact aunty.

Yang jadi seronok juga untuk hari ni sebab, tiba-tiba dapat mesej che kie. Che kie cakap "...yunk, i tido rumah u malam ni" Suka3...

Okla, gtg now guys. Baby nak suruh kakak teman baby layan korea. Sabau-sabau, kecik-kecik dah pandai layan korea :)

Do take care of yourselves~

-SayangkaliankeranaNyaselamalamanya- <3


-adunan onde-onde-
*Ummi, untuk colouring, kakak blend daun pandan. Asli punya baru wangi*

**Sorry, tak dapat upload semua sebab menda alah ni dengki tak nak bagi kakak upload :(

**Daaaa, till then~



[[010611/23:30]]



Monday, May 30, 2011

Sebuah Perjalanan...

::Bismillah::



05:50 a.m. : Bertolak ke Stesen kereta api Kluang

06:45 a.m. : Sampai di stesen

07:20 a.m. : Bertolak ke negeri tercinta menaiki 'Ekspres Timuran'

Di sepanjang perjalanan dari Kluang, pemandangan yang menarik perhatian saya dan sue ialah, suasana kanak-kanak berbangsa cina dan mungkin juga beragama Buddha sedang tekun menjawab soalan matematik di kerusi yang mereka duduki. Di saat itu, sungguh saya kagum dengan budaya yang telah diterapkan dalam diri mereka. Allah, terasa malu sekali dengan anak-anak kecil itu. Perasaan malu itu ingin saya ketepikan dengan mentadabbur ayat-ayat yang telah dikirimkan untuk kita semua. Allah. Sekali lagi saya malu kerana mashaf kesayangan tertinggal di Institut. Salam Maria juga! Walhal mahu dihabiskan pembacaannya di sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman. Setelah membelek hand-luggage, Alhamdulillah Stanza Cinta kepunyaan k.tqah aku bawa bersama. Alhamdulillah. At-least dengan Stanza Cinta itu tidak akan membuatkan aku mati kutu. ^_^

Sampai di Seremban, sebuah keluarga berbangsa India yang beragama Hindu telah memasuki koc saya.  Mengenai pak cik India tadi yang sanggup bersusah payah tapi langsung tidak dizahirkan riak wajah penat lelahnya kepada anak-anak. Mengenai keluarganya yang besar tapi sentiasa tersenyum, dan anak lelakinya yang berumur 10 tahun yang sempat diriba oleh saya dari Seremban sehingga sampai ke destinasi mereka iaitu 3 stesen sebelum Kuala Lipis.  Secara kebetulannya juga dari awal perjalanan hinggalah sampai di Stesen Wakaf Baharu koc yang saya naiki ini sememangnya dipenuhi dengan mereka yang telah berkeluarga. Alhamdulillah, mungkin ada hikmahnya saya berada di kalangan mereka. Walaupun koc yang saya duduki ini sangat bingit dek suara anak-anak kecil yang lantang suaranya. Tapi, pabila direnung kembali, mungkin dari merekalah saya akan melepaskan rindu dan secara sendirinya dari situlah saya boleh mentadabbur diri yang serba kekurangan ini. Allah3. Sungguh hebat percaturan yang telah di atur oleh-Mu.

**Allah, besar sekali pengorbanan seorang ayah dalam membesarkan serta mendidik anak-anak. Perit Jerihmu hanya Dia yang tahu. Sungguh mulia seorang insan yang bergelar ayah. Ummi juga.

18:50 p.m. : Sampai. Stesen Wakaf Bharu. Alhamdulillah, BAITI JANNATI! <3

Baiklah, dengan ini bermulalah fasa men-training diri untuk menjadi bakal zaujah yang solehah, muslehah, mukminah, mujahidah yang najihah..(bak kata k.ma', "dah boleh jadi bini orang dah ni") ada-ada jek idea k.ma' nak ngenakan saya yek? huk3~

**Sebenarnya, kena prepare mental fizikal sebab kena mem-baby seat adik besar dan baby besar. Sayalah ayah, sayalah ummi, sayalah nyai, sayalah abang, dan semestinya sayalah kakak sepanjang ummi ayah nyai beribadat di sana ^_*

**JZKKK abang sebab sentiasa call dan juga check perkembangan kakak. Kakak tahu abang risau sangat. Ppepon, kakak nak abang tahu yang kakak sayang abang amat! <3<3<3

~YUSAHHIL YA ALLAH~




[[280511/22:10]]

Friday, May 27, 2011

Jom Kuat!

::Bismillah::


Kami lemah andai tidak dititipkan kekuatan dari Mu Tuhan...

Sungguh kami terima semua ini dengan redha kerna tiap satu yg di uji pasti manis kan menanti.

Allah, bantu kami untuk lebih mengaplikasikan konsep redha+syukur itu...

Hasbunallah wani'mal wakil

~ANDA SEMUA, SILA KUAT YA?
Bersatu kita teguh,
Bercerai kita roboh,
Yang berat sama dipikul,
Yang ringan dijinjing sama...

Sepakat membawa berkat,
Asas hidup bermasyarakat,
Amalkan hidup yang sihat,
Selamat dunia akhirat...

(tiba-tiba terngiang-ngiang alunan nasyid kumpulan Raudhatul Jannah) ^_^

.::JomSelamanyaSatuHatiSeiaSekataSelamanya::.


-SayangSentiasaSelamanyaDemiDiaYangEsa-♥♥♥

~MogaAllahRedha~




[[270511/22:13 p.m.]]

Friday, April 22, 2011

usrah------->jannah

::Bismillahirrahmanirrahim::


::Keluarga besar P.Cik Azam+M.Cik Rusni (Dato' Azam+Datin Rusni)::
*antara ahli usrah ayah+ummi di n9*

(recall) Seminggu sebelum PBS-Isnin-

ayah: kakak, siap-siap p.cik azam and family nak datang ziarah petang ni
kakak: betul ayah? semua?! k.tiqah? k.fifah?
ayah: ya, semua. afifah je tak datang. kan dia di jordan.
kakak: aahla...Ya Allah, Subhanallah...baru je teringat mereka. tup tup, mereka nak datang ziarah dari n9 ^_^

------------------------------------------------

**Masih terngiang-ngiang kehadiran mereka di teratak nyai. Mereka ramai, tapi seronok! Mereka punya 'identiti' tersendiri. Mereka tidak pelik. Tapi, cara mereka, senyuman mereka, percakapan mereka, semuanya tentang mereka indah-indah belaka. Mungkin inilah berkah dibesarkan dalam suasana bi'ah solehah. Sungguhlah, persekitaran itu penting sekali dalam mentarbiyah seseorang individu muslim.

**Kata ayah, "Inilah corak 'usrah' ayah sedari dulu. Gemencheh, Kuala Pilah, Bukit Rokan menjadi saksi persahabatan ayah, ummi dengan ahli-ahli usrah. Mereka berkasih sayang bukanlah kerana harta benda, pangkat juga rupa, tapi, hanya kerana Dia yang Esa." Allah,allah,allah...

**Pesan ayah, "Inilah pentingnya berada dalam usrah. Ia mengajar segalanya." Allah,allah,allah...

**Mereka masih aktif. Jauh tak bermakna terus terpisah. Tapi, itu boleh dijadikan asbab untuk makin rajin berhubung. Sungguh aku KAGUM! Allah.allah,allah...

**Mereka orang hebat! Sungguh aku ingin punya semangat seperti mereka. Dakwah nombor satu, belajar bukan nombor dua! Dakwah nombor satu, keluarga bukan nombor dua! Semuanya seiring bergandingan. Allah,allah,allah...

**Mereka ramai juga rapat! ^_^

**Mereka layak dijadikan qudwah hasanah. Allah,allah,allah....

**Seronok kan andai usrah yang kita bina kukuh, harum mewangi hingga syurgawi? Allah,allah,allah...



p/s: tiada dalam gambar...achik,,maaf achik~ nanti diizinkan kita bergambar bersama-sama ya?^_~




[[230411/03:04]]


Saturday, April 16, 2011

untuk anda Nik Hani Kamilah...

::Bismillah::


Entry kali ini juga khusus untuk teman sepermainan saya lagi ; Nik hani Kamilah....<3


Tujuan:

Tak nak bagi anda jeles!
Nak bagi anda PANAZ!o0oyeah!^_^

Apa ya??:

Sudah bersedia untuk BERASAP??

taddaaaa...........


1) Ini namanya Kuih Tepung Bungkus,,,masih ingat??,,,SEDAP tau!hahha!^_^


2) Ini juga tepung bungkus...versi yang belum dibuka=)


3) ahha! kenal x? Ini apa ya?
(versi dalam tupperware,,bekal untuk ayah berbuka senja nanti di Demong Beach Resort)


4) hehhe,,,kenal kan??marvellous!nyum3 ^_~



Inilah air tangan ambe sepanjang setengah hari ini...^_^,,,Berada di rumah membuatkan saya sungguh seronok!....


Reely Mish ya!


~Salam dari Telipot~


[[170411/14:40]]


Thursday, April 14, 2011

Alhamdulillah,,,~

::Bismillahirrahmanirrahim::


Entry kali ini khusus untuk sahabat merangkap jiran sepagar merangkap 'keluarga' saya =)
::"Nik Hani Kamilah"::



 
Dear Kamilah,

 
Sila jangan jeles tau sebab saya dapat balik rumah hehe~

Sampai sahaja rumah jam 6 pagi tadi terus terhidu aroma kuzi ayam yang ummi masak!Subhanallah,,Alhamdulillah,,-tak sangka pula balik rumah kali ni dapat makan kuzi ayam+roti jala(sila jangan jeles!),,ingatkan kenapa je ummi masak spesyel-spesyel subuh-subuh hari...pulak-pulaknya,,,hidangan kuzi ayam+roti jala kali ni khusus untuk jiran tetangga kita yang akan menunaikan umrah..mereka akan bertolak dari airpot klate lepas asar nanti~jiran tetangga kita tu termasuklah mama awak tau-

Alhamdulillah semua muka ceria-ceria je,,..seronok! Jemaah wanita nanti kamilah scroll gambar kat bawah ya? Jemaah lelaki yang aisyah tau, Ustaz Osman pun insyaAllah akan ke sana juga...Pilu sangat saat mendengar Ustaz Osman baca doa qunut subuh tadi..mungkin ustaz rasa pilu nak meninggalkan masjid 'kita' + rasa terharu nak menjejakkan kaki ke sana lagi rasanya...sungguh indahkan pabila teratak yang kita diami selangkah sahaja untuk ke masjid?Berilah kami peluang seperti ini lagi Ya Rozzaq~Allah..allah..allah///

Ya Allah, permudahkanlah untuk hamba ke Tanah SuciMu itu cukup masa nanti...rindu amat untuk menyahut seruanMu...Ya Allah, permudahkanlah jua perjalanan jiran tetangga ku ini...terimalah ibadah mereka Ya Allah..selamatkanlah mereka dalam perjalanan pergi dan pulang Ya Allah~Permudahkanlah juga perjalanan UmmiAyahNyai untuk mengunjungi Tanah Haram Mu itu nanti Ya Allah~

Sungguh, sampai termimpi-mimpi sedang mengerjakan ibadah di Tanah Haram itu..tapi tidak mengapa,,,sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang sedang dirancang olehNya-


Kamilah dear,

Cuti sekolah pertengahan tahun ni balik kb tak?balikla,,,,,balikla,,,,,,nanti saya sunyi+kena mem-baby seat dua orang baby besar (faqeehah+najihah)  =)


**tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan di IPTHO khususnya, anda-anda semua selaku classmate syah kerana sudi meng-cover line untuk syah balik rumah kali ni...TERIMA KASIH daun keladi, nanti hari isnin kita jumpa lagi..InsyaAllah (=



[antara jiran tetangga kita yang akan menunaikan ibadah umrah..yang jemaah lelaki tak sempat nak capture gambar mereka,,-saya di dapur ;P ]


[kuzi ayam+roti jala]
"sila jangan jeles!"



[lagi, jangan jeles!] =P


okla hani,,,kesimpulannya kat sini, saya saja nak bagi anda jeles..,,tapi,,sila jangan jeles tau! hehhe~

::Semoga Barakah Allah senantiasa mengiringimu sayang::



[[150411/13:33p.m.]]



Sunday, April 10, 2011

Penat tak kan mengiringi andai semuanya kerna Ilahi~

::Bismillah::

Alhamdulillah,,alhamdulillah,,alhamdulillah

Tiada nikmat selain nikmat yang dikurniakan oleh-Mu Tuhan

Tak terucap lafaz syukur kerna nikmat yang tak pernah-pernah disangka

Sungguhlah,

Manusia hanya mampu merancang

Tapi,

ketahuilah bahawa Dia lah sebaik-baik Perancang.

Pernah terfikir tak orang yang paling dekat,rapat dengan kita akan pergi dulu dari kita?

Contoh; mak,ayah,nenek,datuk,abang,kakak,adik-adik

Andai tidak pernah terfikir,

Fikir-fikirlah...

Kerna, kita tak pasti sampai kapankah mereka akan sentiasa berada di sisi kita.

Bukan untuk menakut-nakutkan

tapi,

sekadar peringatan agar kita sentiasa melakukan yang terbaik untuk mereka

agar tidak tersebut "ohh" kepada srikandi hidup kita

agar tidak mensia-siakan peluh keringat yang ditumpahkan khusus untuk kita

agar tidak memperlekehkan doa yang dituju khas untuk kita

agar tidak membuatkan mereka kecewa dengan kehadiran kita

Allah,,allah,,allah.....

**'lepaslah' mereka dalam doa yang tak berkesudahan**

Mode:
  • sentiasa dan akan sentiasa merindui mereka. tak sabar rasanya untuk pulang~Teratak Nyai the Great, sila tunggu kehadiran saya ya?
  • juga merindui saat-saat terakhir bermesra dengan arwah tok ayah..saat cerita-ceriti tentang roti jala, kuzi ayam, smoked salmon (the grilled one!),,w/pun ianya seketika sahaja, tetap menggamit jiwa raga,kerna disebaliknya tersimpan kemas 1001 cerita suka dan duka.
  • akhir bulan ??,,Perak destinasiku...doa-doa sempat makan laksa=),,,
~..Allah Yusahhil InsyaAllah...~



x terasa penat mengiringi
andai semuanya kerna Ilahi

**Allahumma Ya Muqallibal Qulub,Thabbit Qulubana 'ala Deenik, 'ala Tho'atik, 'ala Da'watik Ya Allah**

[[110411/05:14 a.m.]]

Thursday, April 7, 2011

kakak rindu nyai!=(

::Bismillah::


Dear nyai,

kakak rindu nyai amat! rindu nak dengar nyai membebel kat kakak sewaktu zaman kakak keras kepala dulu-dulu,,,waktu tu, nyai mesti akan cakap,,u just take for granted 'aisyah!,,if you're still like this, i guarantee that you'll regret it one fine day+dengan mata biru nyai yang tajam dan statik menikam mataku...fuhh!berdesing gak lau part nyai cakap macam ni..tapi itu dulu...sekarang,,,bukan seperti dulu-dulu lagi,,taubat nasuha dah,,x nak dah bagi semua orang penat dengan 'karenah' kakak,,,

tapi serius!kakak rindu nak dengar nyai membebel kat kakak lagi dan lagi!...bukan apa, kakak akan rasa wahhh,,,betapa mereka yang membebel kat kakak, kakak akan anggap mereka memang betul-betul sayangkan kakak! hehe~ i'm sorry nyai...

rindu nak makan lauk ayam kerutuk, ayam percik, ayam berlada, ayam masak kicap, bergedil (paling ingat sebab suka 'pau' potatoes yang nyai goreng tapi belum sempat tumbuk lagi ^_^), roti jala nyai, tauhu sumbat dengan sambal kicap, biskut arab, tart nenas, + semua masakan nyai!

serius!

rindu lagi!

rindu semuanya tentang nyai...

kakak sayang nyai!

~thank you nyai for evritim~

::May Allah Bless You Always::

**Ya Allah, berilah kesempatan bagiku untuk pulang ke teratak nyai dalam masa yang terdekat ini**

nyai, kuat tau! nanti kakak balik, kakak akan masakkan meehun sup+sambal kicap kegemaran nyai yang kakak tak sempat masakkan sebelum balik maktab hari tu...i'm promise!insyaAllah...=)

mish u damn much nyai!
=(


[[080411/04:10 a.m.]]

Friday, March 11, 2011

Balik rumah!=)

::Bismillahirrahmanirrahim::

Situasi : Terminal a.k.a. Bus Stand Batu Pahat

Sampai Terminal : 6.15 p.m

Bas ke KL lumpur : T**ns$#%@!*a^

sepatutnya,,,

Waktu bertolak : 7 p.m

       .......

Delay : 8 p.m

Bas sampai : 9 p.m ++

Bertolak ke KL lumpur : 9 p.m +++

natijah,,,

Sampai BTS : 12.50 p.m - 1.00 a.m

       .......

##Sungguh Menguji keSabaranku.##

* BTS = Bandar Tasik Selatan

** Frankly speaking, sebenarnya panjang lagi huraian jalan cerita (tiket punya hal) tapi, disebabkan 'tukang' taip ni matanya sudah berpinar (malas nak pakai spec),,,jadi ia telah diringkaskan seringkas-ringkasnya =D

*** Thank you abang sebab sanggup tak tidur (guna strategi, main futsal sampai lewat malam) semata-mata nak jemput kakak 'n' Sue!=)....Thanks a L0t to k.mun t0o...dan tak lupa juga to my dearest little Thoriq,,khaulah sayang+rindu Thoriq amat!..Thank You semua~

****Haaa!jazakallahu kheir buat Ummi+Ayah juga! sori, kakak salu ganggu ummi ayah pagi-pagi buta,,,,hehehe~


Currently Mood : tak sabar nak balik rumah nyai! ^_^

       .......

Sesungguhnya : Kakak sayang anda wahai kakanda2ku,,,(sanggup tak tidur sebab takut terlajak),,,kakak tahu, kakakanda2 juga sayangkan kakak! =D

- Terima Kasih-





~[[120311/03.37 a.m.]]~

Saturday, February 26, 2011

rindu~

UmmiAyahNyai,
andai diriku tidak ditakdirkan untuk bersua lagi dengan mu,
ku mohon agar kalian senantiasa mendoakan ku
halalkan makan minumku
restuilah
redhailah
jalan yang intan payungmu pilih ini
intan payungmu ini tahu
masih banyak dan mungkin masih tiada satu pun
telah anakanda lakukan yang terbaik
untuk kalian
tapi,
percayalah bahwa tiada satupun
perkara yang Allah tidak redhai
akan anakanda lakukan

UmmiAyahNyai,
kakak tagihkan
doa restu kalian
demi menyambung derap langkah
yang makin perlahan

UmmiAyahNyai,
do trust me please~

UmmiAyah,
kakak reely mish b0th of you!

Nyai,
kakak mish you too
always!

Ya Allah,
redhailah derap langkahku
janganlah bolak-balikkan hatiku
setelah Engkau suluhkan kebenaranMu

Allahu Ya Wadud Ya Allah,
aku terima
segala takdir yang telah Engkau aturkan buatku
kerna aku tahu bahwa
Engkau tidak akan memberi apa yang aku pinta
sebaliknya Engkau Ya Raheem akan memberikan
segala apa yang terbaik untuk diriku
tiada daya untukku melawan segala kudrat iradatMu
Ya Allah...

Subhanallah
Alhamdulillah
AllahuAkbar



nota kaki;

abang 'izzuddin, k.mun, dik thaqif, adik(faqeehah), baby(najihah), thoriq,,,,,kakak,khaulah juga rindukan kalian!rindu amat!tak terluah..hanya doa yang mampu mengikat hati2 kita semua ke arah yang diredhai..kakak hanya insan biasa tapi selalu dalam proses mencuba untuk menjadi seorang yang bukan biasa-biasa! kerna kakak tak ingin sekali meleburkan harapan kalian~ Doakan agar kakak bisa menjadi 'aisyah (kebahagiaan) sekaligus menjadi syifa' (penawar) buat kalian~

::do support me always::

Mood:Rindu rumah amat!nth smpt ke x nk jmpe mereka di rumah...pjgknlah umur kami Ya Allah kerna kami tahu kami msh tidak berbuat apa2 untuk mereka~


TrulyDeeplyInLurve;
-kakak-


 
~21:03 pm~