Friday, October 21, 2011
Rezeki yang telah dijanji
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 11:51 AM 0 comments
Labels: sdikit motivasi wt diri=)
Tuesday, March 22, 2011
Dia mengizinkan dia me-'nawar'-kan luka tersisa~=)
[[230311/01:10 a.m.]]
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 10:09 AM 0 comments
Labels: sdikit motivasi wt diri=)
Friday, March 4, 2011
Sabar lagi la cah...
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 9:15 AM 0 comments
Labels: sdikit motivasi wt diri=)
Sunday, February 13, 2011
Getaran dari lubuk hati yg paling dalam...
Jawapannya,
Perasaan sebagai seorang cikgu. Lebih tepat jika di sebut PENDIDIK.
Jujur.
Sebenarnya, saya merasakan jiwa sebagai seorang pendidik lain sekali.
Lain? Betul ke?
Betul, selalu saya merasakan juga perasan dengan kehadiran perasaan seperti itu. Seringkali juga berdiskusi ilmu secara tak langsung bersama ummi juga ayah mengenai 'jiwa seorang pendidik'.
Sungguh!jiwa seorang pndidik itu ketara sekali lainnya (dalam macam2 hal) jika ingin dbndingkan dgn profesion lain. Bukan untuk merendahkan profesion yang lain tau!
Tp,itulah hakikatnya.
Tugas cikgu bkn skdr mengajar dan mengajar.tp,sbnrnya peranan cikgu adlh utk mndidik.
Kalau masih ingat kecil2 dulu, cth:apabila ibu/ayh ckp,"kena buat mcm ni dik.yg mcm tu kurang tepat".jwpn si ank kecil/besar yg msh di bgku prsekolahan,"x la ibu/ayh,ckgu adik ckp buat mcm ni"
Jelas sekali pengaruh seorang cikgu itu bakal memberi impak yang besar kepada mereka yang dididik..
Lurus cikgu, luruslah anak muridnya..ameen=)
Haa,betulkan peranan sorg cikgu itu besar sekali?percaya x?
Kalau percaya,
Oleh itu, kita perlulah (bkl guru) bg cth t'baik,wt kerja yg diamanahkan sbg sorg cikgu,murabbi dgn uslub(cara) / gerak kerja yg terbaik utk mendidik ummat akn dtg..
"Dialah yg menciptakan kematian dan kehidupan untuk MENGUJI kamu siapa yg TERBAIK amalannya.[Al-Mulk:2]
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 11:22 AM 0 comments
Labels: sdikit motivasi wt diri=)
Wednesday, July 2, 2008
as a moslem=)
rememba dz..
In Islam there is no words for HANDS UP,there is no words for SURRENDER,there r only 2 things;WIN as a MUJAHID or DIE as a SYAHID."IMMA SA'ADAH WA IMMA SYAHADAH
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 3:31 AM 0 comments
Labels: sdikit motivasi wt diri=)
Thursday, June 26, 2008
Yang Mana Satu Anda?LOBAK....TELUR....ataupun KOPI....
Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai
kehidupannya dan menanyakan
mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan
menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana
menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam
kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang.
Sepertinya setiap kali satu masalah selesai,
timbul masalah baru.
Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya
ke dapur. Ia mengisi 3 periuk
dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air
di ketiga-tiga periuk2 tersebut mendidih. Ia
menaruh lobak merah di dalam periuk pertama,
telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi
di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih
tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan
menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa
yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia
menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk,
mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk
yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk
lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa
yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi"
jawab si anak.
Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan
memintanya merasakan lobak itu. Ia
melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu
terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil
telur dan memecahkannya. Setelah membuang
kulitnya, ia mendapati sebiji telur rebus yang
mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk
mencicipi kopi. Ia tersenyum ketika mencicipi kopi
dengan aromanya yang khas.
Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini,
Ayah?"
Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah
menghadapi kesulitan yang sama, perebusan,
tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang
berbeda. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan
sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus,lobak
menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya
mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi
isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus,
isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami
perubahan yang unik. Setelah berada di dalam
rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.
"Kamu termasuk yang mana?," tanya
ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama
kesukaran dan dugaan yang bakal kamu
lalui...Ketika kesukaran dan kesulitan
mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya?
Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"
Bagaimana dengan anda?
Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya
keras, tapi dengan adanya
penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah,
menjadi lembut dan kehilangan
kekuatanmu.
Atau... Apakah kamu adalah telur, yang awalnya
memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis?
Namun setelah adanya kematian, patah hati,
perceraian atau kegagalan menjadi keras dan
kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah
kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan
hati yang kaku?
Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi
merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan
kesakitan, untuk mencapai rasanya yang
maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air
mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin
nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika
keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan
menjadi semakin baik dan membuat keadaan di
sekitarmu juga menjadi semakin baik.
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 2:15 AM 0 comments
Labels: sdikit motivasi wt diri=)
Saturday, June 21, 2008
KATA-KATA kegemaran LAMBANG PERIBADI..???
Nak tahu apa rahsianya...?
"Saya Memang.."
Mereka ini menginginkan sesuatu yang boleh memberikan rasa selamatpada diri mereka. Selain itu, mereka juda sangat mengambil berat tentang diri org2 yang disayangi
"Saya Rasa.."
Mereka merupakan seorang yangs ensitif dan agak emosi.Pantang tersentuh,angin satu badan nampaknya.Sebab itu kena banyak gunakkan diplomatik sekiranya berurusan dengan mereka ini. Sekiranya mereka ini terluka, luka itu akan sentiasa diingati sepanjang hidup. DAlam erti kata lain mereka ini agak pendendam orgnya.
"Saya Fikir.."
Kamu dikatakan bijak dalam membuat keputusan dan sentiasa berfikir jauh. Kamu juga seorang gemar berfikir tentang perkara apa saja dan gemar bertukar pendapat tentang apa saja untuk meluaskan pandangan.Bahkan mereka ini terbuka untuk menerima idea dan pendapat baru daripada orang lain.
"Saya Percaya.."
kamu merupakn seorang bersemagat dalamhiduo dan ia juga melambangkan keyakinan diri.Kamu mudah percaya pada orang lain dan itu juga kelemahan diri kamu.Sebabnya, nanti mudah tertipu.Namun yang penting, kamu percaya kepada diri sendiri dan kebolehan yan dimiliki.
"Pada Pendapat Saya.."
Jelas sekali kamu ini yakin dengan apa yang kamu lakukan.Tapi kadangkala keyakinan itu tidak betul.Jadi kamu harus belajar unutk menimbangkan pendapat orang lain.
"Saya Tahu.."
kamu mempunyai pendapat yang kukuh tentang apa juga perkara. Mungkin kerana kamu ini merupakan seorang yang genar membaca dan luas pandangan.Kadangkala itu. kamu seorg ibarat "kamus bergerak". Tanya saja . mesti tahu punya.Satu kelemahan kamu, kadang kala kamu seolah2 berladak, macam Profesor serba tahu pula.
"Saya Akan.."
Mereka ini dikatakan sukar berkata "tidak" dalam apa jua perkara sekalipun apatah lagi perkara itu memeng menjadi target utama kamu selama ini.Kamu yakin kamu berjaya mendapat apa sahaja yang kamu inginkan selama ini.Tapi ingat, usaha itu pun perlu ada, yakin saja tidak memadai
so...papepon sebutlah 'insyaallah' dulu~
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 11:40 PM 0 comments
Labels: sdikit motivasi wt diri=)
Wednesday, June 18, 2008
NAK YANG BAIK ATAU YANG BURUK??
Inilah masalah kebanyakan orang. Apa dia?
Mereka asyik berfikir tentang benda yang diorang tak nak.
Selepas tu diorang heran kenapa semua apa yang dorang nak tu, muncul pulak depan mata dan tiba-tiba terjadi tanpa di pinta.
Pernahkah ini juga berlaku pada Anda?
Kali ini saya berkata tentang Law Of Attraction.
Minda tak mengenal buruk atau baiknya fikiran kita. Minda kita takkan pernah tahu apa yang kita selalu fikir tu baik atau buruk.
Apa saja yang Anda fikirkan , dia akan "tangkap" dan jadikannya real.
Lebih banyak anda berfikir pasal sesuatu, lebih banyak la ia akan muncul dalam hidup anda.
Minda Anda tak pernah tidur, ia sentiasa mendengar dan "menangkap" kata-kata hati Anda dan segala apa yang terbit dalam fikiran Anda.
Pernah tak anda sakit hati dengan seseorang dan anda asyik berfikir tentang dia, tetiba pulak orang tu selalu muncul di depan mata Anda?
Pernah tak, anda susah hati seharian sebab takut tak cukup duit, tiba-tiba pula di waktu petang anda jatuh dalam longkang dan terpaksa bayar ubat klinik? Duit anda jadi makin tak cukup.
Inilah Law Of Attraction. Dalam bahasa melayu, "attract" bermaksud "menarik".
Minda menarik semua apa yang anda fokus dalam fikiran. Ia akan membuatnya terjadi pada diri Anda.
Kuasa tarikannya lebih kuat jika wujud perasaan di dalam hati Anda. Susah hati, risau atau geram, semuanya dia "tangkap".
Kekadang apa yang Anda tak nak, itu pula yang terjadi. Misalnya anda berkata dalam hati :
Minda anda anggap : "Aku mahu rasa malas hari ini"
Minda anda anggap : "Aku nak tak cukup duit"
Minda anda anggap begini : "Aku takde idea bila menulis kat blog nanti."
Nampak perbezaanya?
Minda Anda tak kenal apa yang Anda mahu tu baik ke tak baik. Dia hanya tahu apa yang Anda asyik fikirkan dan apa yang anda fokus 100% tanpa disedari.
Selalunya apa yang kita tak nak? Huiii.. Banyak.
Macam masalah (apa jua masalah), tak cukup duit, bad mood, kereta tetiba rosak, pc tiba-tiba meragam dan kawan kat ofis pula tetiba naik hangin pula tak tentu pasal.
Apa reaksi kita selepas tu? Mestilah geram, sakit hati, marah dan nak memaki hamun tahap langit ketujuh. Lepas tu, fikiran kita pun ayik fokus pada reaksi kita tu, seharian kita layan geram!
Huh, adakah Anda sedar semua ni memuskahkan diri Anda sendiri? Tentunya tidak. Sebab anda tak tahu bagaimana mengawal fikiran dan emosi anda.
Ramai orang tak dapat apa yang diorang nak pasal minda diorang fokus lebih banyak pada benda yang diorang tak nak tu. See?
Sebab kedua, takut apa yang diimpikan tak menjadi. Takut GAGAL.
Jika anda lebih takut gagal dan rasa takut gagal tu membuatkan Anda berpeluh-peluh, jantung berdegup, mandi tak basah, tidur tak lena dan makan tak lalu, maka kegagalan itulah yang terjadi. Jika Anda takut rugi, maka kerugian yang akan terjadi.
Inilah juga sebabnya mengapa masalah yang Anda tak nak asyik muncul tak berhenti-henti. Sebab? anda anggap diri anda tak pernah kering dari masalah dan percaya pula diri anda selalu bermasalah!
Jadi, kawal pemikiran Anda. Cara untuk mengelak hal ni terjadi, bersangka baik, be positive dalam apa jua keadaan.
Jika anda di landa masalah sekarang ini, tanya diri sendiri apa yang patut dibuat untuk menyelesaikannya. Fikir tentang penyelesaian.
Tanya diri Anda, di mana Anda patut bermula dan apa yang boleh Anda gunakan untuk menyelesaikan masalah tu.
"Hello Shueqry. Kita ni bukan malaikat dik ooi. Takkan kene tipu pun masih nak buat baik jugak!"
Ya, saya sedar. Kita hanya manusia. Tapi, kita dikurniakan dengan kuasa minda. Makhluk lain ada tak?
Kita khalifah di muka bumi. Sebagai khalifah, kita sebenarnya dah ada komoditi paling berharga, Minda kita.
Anda pegang kuncinya.
Jika anda nak berjaya, suburkan minda dengan bersangka baik. Cuba sedaya upaya tenangkan diri setiap masa dan belajarlah untuk kawal emosi.
Bajai minda Anda dengan kata-kata positif, rasa kagum yang tinggi dan rasa bersyukur.
Kalau boleh biarlah sewaktu kita mengucap syukur, rasa kesyukuran tu benar-benar meresap ke dalam diri, sedalam yang mungkin.
Lebih banyak anda bersyukur lebih banyak anda menerima rahmat dari yang Maha Esa. Kesannya, hidup Anda juga menjadi lebih baik.
Dengan itu, minda Anda akan menciptakan situasi yang baik-baik dan "menarik" apa saja yang anda fikirkan. Tak kira sama niat anda nak duit yang banyak, keluarga bahagia, kereta besar, rumah besar atau sebidang tanah yang besar.
Semuanya bermula dari niat. Kawal pemikiran anda.
Walaupun kita bukan malaikat, tapi apa salahnya kita berbuat baik setaraf malaikat dengan semua orang, biar sehabis baik. Buat baik, akan dibalas baik juga.
Betul tak?
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 6:36 AM 0 comments
Labels: sdikit motivasi wt diri=)




