BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Monday, July 16, 2012

Tatkala gambar berbicara~

::Bismillah::

Tika hati dan minda sedang hebat merangka barisan ayat untuk di tekan pada papan kekunci,
tapi... 
cukuplah gambar sebagai penggantinya.






[bersua kembali setelah 3 tahun meninggalkan bumi MMP]




Kekadang, tak perlu diungkap panjang sedepa bagi mengungkap segala yang bermain di ruang minda. 

Terpulanglah kepada kalian untuk mengintepretasikannya. :)

Thursday, July 12, 2012

Tiada apa

::Bismillah::

Melakar rasa yang tiada cukup perisa pada nota 'nasikh wa mansukh' ;P

sangat jemu melihat kertas yang tiada noda ;)

Sedang mencuba melukis seekor tupai. Sebenarnya ia adalah 'task' bagi subjek WAJ 3106 (Seni dalam Pendidikan). Bagi mereka yang gemar melukis secara serius memang seronokla ada subjek seperti ini. Saya? Seronok sebab dapat gelak apabila tengok hasilan sendiri hehe. Tarikh submit lagi dua minggu. Saiz gambar perlulah bersaiz A3. Teknik cross hatching segala. Sabo jela.


antara pilihan gambar yang perlu dilukis

Dalam proses men-seni-kan diri. Apa taknya, sem ni subjek wajib semuanya mengenai seni. Seni dalam pendidikan ada tiga pecahan. Seni lukis, seni muzik dan seni pergerakan. Tu belum masuk Teknologi dalam Pendidikan lagi. 

Ahha!
Sem ni juga belajar subjek jawi. Teringat lagi perbualan antara saya dengan Kak Azi (senior P.Islam) masa zaman rajin & mampu main squash dulu2. Kak Azi pernah cerita tentang subjek jawi untuk sem 4. Dengar macam senang. Hakikatnya dah nak jadi ustazah memang kena masyi-la cara penulisan khat nasakh dan rik'ah. Memang tak susah. Tapi kalau nak mengajar nanti memang sure kena masyi betul. Alhamdulillah waktu zaman peralihan kt Maahad Muhammadi Perempuan dulu2 kami telah di trained untuk praktis menulis dalam buku khat warna hijau. Kini, untuk menulis khat seperti dulu2 macam dah tak dapat kot. Sangatla berkarat skill2 menulis khat ni. Allah.

Konklusinya, ingat macam petik jari ke untuk jadi seorang pendidik ni? Jangan dilupa, sebaik-baik contoh pendidik ya? Contohilah segala yang telah ditunjukkan oleh arrasul Muhammad S.A.W. Tiadalah ikutan yang lebih baik selain yang telah ditunjukkan oleh Baginda Muhammad S.A.W. 

Positifkan minda, niatkan kerana Allah, insha Allah semuanya akan menjadi mudah. 

Allahu a'lam~

Wednesday, July 11, 2012

Sanah Helwah Sayang

~ Sanah Helwah dik... (110712) ~ 


Indah sekali andai setiap pertemuan dan perpisahan kita niatkan kerana Allah.

Mengenali si cekal yang lantang bicara serta teguh pendiriannya di atas jalan yang penuh onak dan liku ini telah membuatkan aku turut terinspirasi untuk menjadi seorang yang lebih baik di hari yang mendatang.

Barakallahufiik Ya Ukhti :)

Moga semuanya kerana Allah.

::Insha Allah Thabat::

..Doakan kami juga ya..




[Dari kami; Geng S.G]

Thursday, June 7, 2012

Kuat sokmo

Bismillahirrahmanirrahim~
Saat mehnah tribulasi melanda. Sure mampu kuat kan? Pasti! Kenapa? Tak sure ke? Allah kan ada~ :)
Ujian sebenarnya adalah sunnah Allah dlm berdakwah.
Allah telah menentukannya untuk memberi manfa'at bukan untuk memberi mudharat,
untuk mengasah menajamkan bukan untuk meruntuhkan,
untuk menjadikan para da'ie gagah dan kuat bagi melanjutkann perjalanan dakwah dgn penuh kekuatan dan penuh azam agar tidak berhenti dan tertunggu-tunggu.
 
[sumber; mereka yang sentiasa ingin menuntun ke syurga abadi] 

Dear sahabat, JZKKK kerna sentiasa menitipkan doa rabithah serta doa2 lain sebagai penguat ke jalan yang diredhai :')

Tuesday, November 15, 2011

Hati...

::Bismillah::

Siapa yang mengetahui isi hati seseorang? 
Siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang?
Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia? 
Bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? 
Adakah kenyataannya seperti yang kita lihat? 

Hmmm, hati.

Tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati. Namun ingatlah, hanya Allah sahaja yang mengetahui segala isi hati ini dan DIA lebih memahami apa yang kita perlukan dalam mengisi ruangan hati ini..

Khair insyAllah.

~NFAT~

Dear Opah...

::Bismillah::


Al-Fatihah to my arwah Opah. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Ameen~ 

Semalam. 

111411.

Pergi tak kembali lagi. 

Kita, bila? 

Allahu Allah...



Our turn will come everone is on a sure journey to return to Him...May Allah showers Opah with his rahmah, fills her grave with the sweet smell of Jannah, may her resting place be fiiled with lights n gives her spaciuos comfort and may she be counted among the solihin....May Allah forgives her sins n accepts all her ibaadah as amal soleh.

Ameen3~



* Jzkkk kerana men-support*

*Terima kasih kerana sudi*

Wednesday, November 2, 2011

Seribu kali sayang

::Bismillah::


Dear;

Terima Kasih.

Tak kan pernah ku lupa

Apa yang telah kau coretkan pada kami

Terima Kasih.

Nanny?

Oh...

Dia seakan alah dengan panggilan itu

Kini

Tiada lagi wujud nanny

Tiada lagi wujud ...

Tiada lagi wujud ...

Dan semua itu tidak akan wujud lagi

Di minda kami

Mungkin kerna kami telah khususkan ia.

Dan mungkin juga kami akan 'tukarkan' ia nanti.

Terima Kasih.

Kanvas-kanvas yang telah dilakar begitu indah

sehingga kami ingin hantar semuanya jauh sekali.

Tapi,

Apakan daya kami.

Kerna kami juga punya hati.

Terima Kasih.

Kemana kau lemparkan janji-janji manismu?

Sewaktu kau memujukku di 'daerah' sana

Manis sekali saat itu

Biarpun esak tangisku tak kan pernah berhenti

Kau peluk aku erat

Di tangga suci itu

Kau dan dia

Tunggu penuh sabar

bawa aku ke depan.

Sungguh aku akan ingat hingga akhirnya

...Terima Kasih Kak...

:)


~~~~~~~~~~

Walaupun kau juga mereka 'beri',

Akhirnya, senyuman itu kelihatan kembali.

Kerna Dia Maha Pemberi.



*Seandainya kau baca*