Sunday, September 14, 2008
Wednesday, July 16, 2008
kunci buat kita..[credits to k.moon]
KUNCI KEJAYAAN adalah taat kepada Allah dan Rasulnya..
KUNCI REZEKI adalah berusaha disertai istighfar dan ketaqwaan..
KUNCI SYURGA adalah mengesakan Allah..
KUNCI IMAN adalah merenungkan ayat-ayat Allah dan tanda-tanda kebesaran yang ada pada makhluk-Nya..
KUNCI KEBAIKAN adalah kejujuran..
KUNCI KEBAIKAN HATI adalah merenungkan al-Qur'an, berdoa di malam hari dan meninggalkan perbuatan dosa..
KUNCI ILMU PENGETAHUAN adalah tidak malu untuk bertanya dan mendengar dengan baik..
KUNCI KEMENANGAN DAN KEJAYAAN adalah sabar..
KUNCI KEBAHAGIAAN adalah taqwa..
KUNCI BERTAMBAHNYA NIKMAT adalah syukur..
KUNCI MENCINTAI AKHIRAT adalah zuhud terhadap duniawi..
KUNCI AGAR PERMINTAAN DIQABULKAN OLEH ALLAH adalah berdoa dengan yakin dan ikhlas..
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 5:21 AM 0 comments
Labels: santapan rohani
buat renungan.....
Buat Renungan Kalian...
10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI
Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:
” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:
-Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
-Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH.
-Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
-Hak kpd Munkar dan Nakir :
tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
-Hak kpd mizan(neraca timbangan
amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
-Hak kpd sirat(titian yg
merintangi neraka pada hari
kiamat):
mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
-Hak kpd Malik(malaikat penjaga
neraka):
menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
-Hak kpd Ridhzuan(malaiakt
penjaga syurga):
merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
-Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
-Hak kpd ALLAH s.w.t:
mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 4:49 AM 0 comments
Labels: santapan rohani
Wednesday, July 2, 2008
as a moslem=)
rememba dz..
In Islam there is no words for HANDS UP,there is no words for SURRENDER,there r only 2 things;WIN as a MUJAHID or DIE as a SYAHID."IMMA SA'ADAH WA IMMA SYAHADAH
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 3:31 AM 0 comments
Labels: sdikit motivasi wt diri=)
Thursday, June 26, 2008
Yang Mana Satu Anda?LOBAK....TELUR....ataupun KOPI....
Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai
kehidupannya dan menanyakan
mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan
menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana
menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam
kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang.
Sepertinya setiap kali satu masalah selesai,
timbul masalah baru.
Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya
ke dapur. Ia mengisi 3 periuk
dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air
di ketiga-tiga periuk2 tersebut mendidih. Ia
menaruh lobak merah di dalam periuk pertama,
telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi
di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih
tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan
menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa
yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia
menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk,
mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk
yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk
lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa
yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi"
jawab si anak.
Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan
memintanya merasakan lobak itu. Ia
melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu
terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil
telur dan memecahkannya. Setelah membuang
kulitnya, ia mendapati sebiji telur rebus yang
mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk
mencicipi kopi. Ia tersenyum ketika mencicipi kopi
dengan aromanya yang khas.
Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini,
Ayah?"
Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah
menghadapi kesulitan yang sama, perebusan,
tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang
berbeda. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan
sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus,lobak
menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya
mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi
isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus,
isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami
perubahan yang unik. Setelah berada di dalam
rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.
"Kamu termasuk yang mana?," tanya
ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama
kesukaran dan dugaan yang bakal kamu
lalui...Ketika kesukaran dan kesulitan
mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya?
Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"
Bagaimana dengan anda?
Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya
keras, tapi dengan adanya
penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah,
menjadi lembut dan kehilangan
kekuatanmu.
Atau... Apakah kamu adalah telur, yang awalnya
memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis?
Namun setelah adanya kematian, patah hati,
perceraian atau kegagalan menjadi keras dan
kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah
kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan
hati yang kaku?
Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi
merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan
kesakitan, untuk mencapai rasanya yang
maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air
mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin
nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika
keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan
menjadi semakin baik dan membuat keadaan di
sekitarmu juga menjadi semakin baik.
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 2:15 AM 0 comments
Labels: sdikit motivasi wt diri=)
Saturday, June 21, 2008
KATA-KATA kegemaran LAMBANG PERIBADI..???
Nak tahu apa rahsianya...?
"Saya Memang.."
Mereka ini menginginkan sesuatu yang boleh memberikan rasa selamatpada diri mereka. Selain itu, mereka juda sangat mengambil berat tentang diri org2 yang disayangi
"Saya Rasa.."
Mereka merupakan seorang yangs ensitif dan agak emosi.Pantang tersentuh,angin satu badan nampaknya.Sebab itu kena banyak gunakkan diplomatik sekiranya berurusan dengan mereka ini. Sekiranya mereka ini terluka, luka itu akan sentiasa diingati sepanjang hidup. DAlam erti kata lain mereka ini agak pendendam orgnya.
"Saya Fikir.."
Kamu dikatakan bijak dalam membuat keputusan dan sentiasa berfikir jauh. Kamu juga seorang gemar berfikir tentang perkara apa saja dan gemar bertukar pendapat tentang apa saja untuk meluaskan pandangan.Bahkan mereka ini terbuka untuk menerima idea dan pendapat baru daripada orang lain.
"Saya Percaya.."
kamu merupakn seorang bersemagat dalamhiduo dan ia juga melambangkan keyakinan diri.Kamu mudah percaya pada orang lain dan itu juga kelemahan diri kamu.Sebabnya, nanti mudah tertipu.Namun yang penting, kamu percaya kepada diri sendiri dan kebolehan yan dimiliki.
"Pada Pendapat Saya.."
Jelas sekali kamu ini yakin dengan apa yang kamu lakukan.Tapi kadangkala keyakinan itu tidak betul.Jadi kamu harus belajar unutk menimbangkan pendapat orang lain.
"Saya Tahu.."
kamu mempunyai pendapat yang kukuh tentang apa juga perkara. Mungkin kerana kamu ini merupakan seorang yang genar membaca dan luas pandangan.Kadangkala itu. kamu seorg ibarat "kamus bergerak". Tanya saja . mesti tahu punya.Satu kelemahan kamu, kadang kala kamu seolah2 berladak, macam Profesor serba tahu pula.
"Saya Akan.."
Mereka ini dikatakan sukar berkata "tidak" dalam apa jua perkara sekalipun apatah lagi perkara itu memeng menjadi target utama kamu selama ini.Kamu yakin kamu berjaya mendapat apa sahaja yang kamu inginkan selama ini.Tapi ingat, usaha itu pun perlu ada, yakin saja tidak memadai
so...papepon sebutlah 'insyaallah' dulu~
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 11:40 PM 0 comments
Labels: sdikit motivasi wt diri=)
Wednesday, June 18, 2008
NAK YANG BAIK ATAU YANG BURUK??
Inilah masalah kebanyakan orang. Apa dia?
Mereka asyik berfikir tentang benda yang diorang tak nak.
Selepas tu diorang heran kenapa semua apa yang dorang nak tu, muncul pulak depan mata dan tiba-tiba terjadi tanpa di pinta.
Pernahkah ini juga berlaku pada Anda?
Kali ini saya berkata tentang Law Of Attraction.
Minda tak mengenal buruk atau baiknya fikiran kita. Minda kita takkan pernah tahu apa yang kita selalu fikir tu baik atau buruk.
Apa saja yang Anda fikirkan , dia akan "tangkap" dan jadikannya real.
Lebih banyak anda berfikir pasal sesuatu, lebih banyak la ia akan muncul dalam hidup anda.
Minda Anda tak pernah tidur, ia sentiasa mendengar dan "menangkap" kata-kata hati Anda dan segala apa yang terbit dalam fikiran Anda.
Pernah tak anda sakit hati dengan seseorang dan anda asyik berfikir tentang dia, tetiba pulak orang tu selalu muncul di depan mata Anda?
Pernah tak, anda susah hati seharian sebab takut tak cukup duit, tiba-tiba pula di waktu petang anda jatuh dalam longkang dan terpaksa bayar ubat klinik? Duit anda jadi makin tak cukup.
Inilah Law Of Attraction. Dalam bahasa melayu, "attract" bermaksud "menarik".
Minda menarik semua apa yang anda fokus dalam fikiran. Ia akan membuatnya terjadi pada diri Anda.
Kuasa tarikannya lebih kuat jika wujud perasaan di dalam hati Anda. Susah hati, risau atau geram, semuanya dia "tangkap".
Kekadang apa yang Anda tak nak, itu pula yang terjadi. Misalnya anda berkata dalam hati :
Minda anda anggap : "Aku mahu rasa malas hari ini"
Minda anda anggap : "Aku nak tak cukup duit"
Minda anda anggap begini : "Aku takde idea bila menulis kat blog nanti."
Nampak perbezaanya?
Minda Anda tak kenal apa yang Anda mahu tu baik ke tak baik. Dia hanya tahu apa yang Anda asyik fikirkan dan apa yang anda fokus 100% tanpa disedari.
Selalunya apa yang kita tak nak? Huiii.. Banyak.
Macam masalah (apa jua masalah), tak cukup duit, bad mood, kereta tetiba rosak, pc tiba-tiba meragam dan kawan kat ofis pula tetiba naik hangin pula tak tentu pasal.
Apa reaksi kita selepas tu? Mestilah geram, sakit hati, marah dan nak memaki hamun tahap langit ketujuh. Lepas tu, fikiran kita pun ayik fokus pada reaksi kita tu, seharian kita layan geram!
Huh, adakah Anda sedar semua ni memuskahkan diri Anda sendiri? Tentunya tidak. Sebab anda tak tahu bagaimana mengawal fikiran dan emosi anda.
Ramai orang tak dapat apa yang diorang nak pasal minda diorang fokus lebih banyak pada benda yang diorang tak nak tu. See?
Sebab kedua, takut apa yang diimpikan tak menjadi. Takut GAGAL.
Jika anda lebih takut gagal dan rasa takut gagal tu membuatkan Anda berpeluh-peluh, jantung berdegup, mandi tak basah, tidur tak lena dan makan tak lalu, maka kegagalan itulah yang terjadi. Jika Anda takut rugi, maka kerugian yang akan terjadi.
Inilah juga sebabnya mengapa masalah yang Anda tak nak asyik muncul tak berhenti-henti. Sebab? anda anggap diri anda tak pernah kering dari masalah dan percaya pula diri anda selalu bermasalah!
Jadi, kawal pemikiran Anda. Cara untuk mengelak hal ni terjadi, bersangka baik, be positive dalam apa jua keadaan.
Jika anda di landa masalah sekarang ini, tanya diri sendiri apa yang patut dibuat untuk menyelesaikannya. Fikir tentang penyelesaian.
Tanya diri Anda, di mana Anda patut bermula dan apa yang boleh Anda gunakan untuk menyelesaikan masalah tu.
"Hello Shueqry. Kita ni bukan malaikat dik ooi. Takkan kene tipu pun masih nak buat baik jugak!"
Ya, saya sedar. Kita hanya manusia. Tapi, kita dikurniakan dengan kuasa minda. Makhluk lain ada tak?
Kita khalifah di muka bumi. Sebagai khalifah, kita sebenarnya dah ada komoditi paling berharga, Minda kita.
Anda pegang kuncinya.
Jika anda nak berjaya, suburkan minda dengan bersangka baik. Cuba sedaya upaya tenangkan diri setiap masa dan belajarlah untuk kawal emosi.
Bajai minda Anda dengan kata-kata positif, rasa kagum yang tinggi dan rasa bersyukur.
Kalau boleh biarlah sewaktu kita mengucap syukur, rasa kesyukuran tu benar-benar meresap ke dalam diri, sedalam yang mungkin.
Lebih banyak anda bersyukur lebih banyak anda menerima rahmat dari yang Maha Esa. Kesannya, hidup Anda juga menjadi lebih baik.
Dengan itu, minda Anda akan menciptakan situasi yang baik-baik dan "menarik" apa saja yang anda fikirkan. Tak kira sama niat anda nak duit yang banyak, keluarga bahagia, kereta besar, rumah besar atau sebidang tanah yang besar.
Semuanya bermula dari niat. Kawal pemikiran anda.
Walaupun kita bukan malaikat, tapi apa salahnya kita berbuat baik setaraf malaikat dengan semua orang, biar sehabis baik. Buat baik, akan dibalas baik juga.
Betul tak?
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 6:36 AM 0 comments
Labels: sdikit motivasi wt diri=)
Saturday, June 14, 2008
adakah anda rasa lawak???
Bayangkan benda ini berlaku pada
anda..... Suatu
hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh
lebih kurang
1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang
menutupi
seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua
biji mata and
membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu
bertempik "
"Sesiapa yang sanggup
MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat
kamu" Selepas
mendengar amaran
lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari
para jemaah itu
utk
menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000
tadi
tu hanya
tinggal lebih
kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di
tempat
masing-masing termasuk
Pak
Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi
segera membuka
tutup mukanya
lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil
berkata:
"Ok Pak
Iman, saya dah
halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah
Pak Iman
mulakan sembahyang
Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut
berpaling dan
meninggalkan
jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa
lawak
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 6:57 PM 0 comments
Labels: santapan rohani
cinta!!!
Menurut Imam Ghazali…
daging, urat dan kulit akan reput dan hancur
bersama luruhnya cinta yang bersandar...
jika cinta sekadar dapat dirasai dengan pancaindera
yg lima iaitu sentuhan, bau, lihat dan rasa
itu belum dinamakan cinta yang hakiki...
hanya cinta yang dapat dirasai dengan deria keenam
iaitu HATI barulah ia dinamakan cinta yg hakiki dan abadi..
cinta itu lah yg dialirkan oleh allah ke dalam hati hambanya.
ia muncul dari dalam ke keluar, bukan dari luar ke dalam...
ia juga bukan dari mata turun ke hati tetapi sebaliknya
iaitu dari hati turun ke mata dan anggota yg lain...
itulah cimta yg benar, suci lg murni...
cinta itulah yg dikhususkan buat manusia
yg sesuai dengan martabatnya sebagai
makhluk yg paling sempurna...
cinta ini bukan diukur
menurut pandangan mata hati
cinta itu datang daripada allah
dan diberi sebagai bekal untuk mendapat
kecintaan ALLAHURABBI...
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 6:56 PM 0 comments
Labels: santapan rohani
sahabat.....
sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,
sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan,
sahabat sejati menjadi pendorong impian,
sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah..
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 6:56 PM 0 comments
Labels: santapan rohani
BEAUTY
Beauty is the Qur'anic verses
Exquisite in it's sequence
As the Arabic words drip off one another
Silky a transition as the pattern of the rain.
Raining on our barren tongues and quenching the thirst of searching
Beauty is the Hijab
Complementing the natural splendor of a woman
Hiding that which is hers
Promoting a sense of awareness
That all she does is for her Lord
Beauty is the sound of the mu'azzin
Calling to that which is called to five times each day
Reminding us of our purpose as mere mortals
Welcoming us to our reward
Feeding our souls as we continually starve them
Beauty is the act of prostration
To the one and only Allah ta'ala
As we bow our heads so full of pride
Acknowledging our insignificance
Together in congregation and alone
Beauty is the status of our mothers
Women who strive in the way of our Lord
Nurturing the cries of the young
Caressing their promises
Whispering to the ears which hear more then we fathom
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 6:54 PM 0 comments
Labels: santapan rohani
Wednesday, June 11, 2008
adakah kta yg lakukannya..???
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 5:18 AM 0 comments
Monday, June 9, 2008
YA ALLAH.....
td dpt markah xam mid yer..ya allah troknye markah ak!!!smua 2ron...stegah2 je yg nek..2 pon cket bangat!!!sej=62..highest k.haja,74~la lgpown esei yg ak wendah..yg len ak tinggi dr dy..bm=69..nek la cket..tpkn,yg plg ak frust thp mnonggeng nye is...bi 2ron mendadak..kali nh dpt 59 je..nk nanges rse..tp,sabar jela~da la sme byk ngan bat..ya ALLAH..kuatkanlah jiwa ku ya RAHMAN..k.tiey dpt 61 for bi..argghhhhhhhhh!!!!!ak x leh trime ngn smua nh...tp,syukur ya Allah insya' ak dpt 25/30..kts 2 ak dpt 75/85..syukur ya rabb..even paper 1 ak dpt 'wahid wa thalathun'..Dia da dgr rintihan ak..tnx ya raheem~paper one math ak dpt 16/40..pergghh terok gle..pe x nye..ak mnembak!!!aina dpt 33/40..fuhh..manyak siot..tp yg ak heran skali cne meni tikah so markah jh nga ak??17??cant blieve it!!!spatutnye dy msti lbh tggi dr aina..but, 'kun fayakun'~just accept it..k,aisyah~in'allah..i know that i can do it=)
ya RAHMAN..tenangkanlah jiwa ku ya allah~moga lps nh ak da leh recover smuanye..ameen
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 4:20 AM 0 comments
Wednesday, May 28, 2008
syukran ya Rabb....
segala puji bg Allah yg telah mengatur segala-galanya dgn penuh hikmah skali..sebenarnya Dia da wt yg t'baik tuk kte smua..tp,kte slaku hamba yg x reti b'syukur nh slalu sgt menyalahkn taqdir klu da jd sumtin'..pdhl Dialah yg m'getahui sgala-galanya..kte slalu sgt pkir owh benda tu elok tuk kte..walhal sbaliknya..klu x dpt apa yg kte nk kte mradang..smua yg t'jadi d'luar jangkaan kte..pernah x kte pkir yg Dia x bg yg kte nk tu sbb Dia nk bg yg lbh baik kt kte??klu time otak b'fungsi ngn normal,mgkin t'pikir gk kn!!tp,klu at that time diri kte da d'kuasai syaitan laknatullah,mmm smua tu da x t'pikir da..
after mkn tgh hari,sesi mandi manda kt kolah dpn umah tok ayh..[for adik2,abg n ayh jela]
p/s;opah igt nme ak...waah hepi bangat=)
sy ttp syg tok ayh walaupun sy x knl sgt n br nk brmesra ngn tok ayh..sy ttp sygkn tok ayh walaupun tok ayh x pnh lyn umi sy dgn baik b4 this..[mse kecik2 mulo]..tok ayh ttp atok sy..sbb tnpa tok ayh,x dela umi sy..n klu umi sy x wujud,maka x wujudla sy,abg n adik2.."credits to ayh ats sgale nasihat.."
[we lurv u tok ayh]
~ilalliqa'~
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 1:15 AM 0 comments
Sunday, May 25, 2008
99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengobrol yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merusakan;
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang
"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)
---------
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 10:48 PM 0 comments
Labels: santapan rohani
[..WAHAI DIRI..]
Wahai diri..
jgn jadi daie yg malang..
yg hanya tahu berdakwah tapi tidak melaksanakan..
wahai diri...
jgn jadi Abid yg tertipu...
terasa byk sudah amalannya
tp tdk sedar kudrat utk itu dtgnya dr ALLAh jua..
wahai diri ..
jgn jadi org berilmu yg tertipu..
disangka ilmu telah banyak..
tapi tiada satu pun yang terkesan pada jiwa...
wahai diri...
jgn jd mujahidah yg tertipu..
disangka perjuangannya itu terbaik padahal...
Islam tak perlukannya..
sedang dia memerlukan Islam...
Sedarlah dr lamunan..
hidup ini tidaklah lama untk kau terus tertipu...
~jadilah seorang SUMAIYAH~
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 8:03 AM 0 comments
Saturday, May 24, 2008
..Iman..
~peranan Iman dlm kehidupan~
- sebagai benteng drpd melakukan kemungkaran & maksiat
- menenangkan perasaan drpd keluh kesah
- menentukan segala amalan yg d'lakukan akn d'terima oleh Allah
- utk membezakan d'antr orang yg b'iman dgn yg tidak
- memastikan segala p'buatan & amalan mg'ikut landasan quran n sunnah
- memupuk semangat suka berkorban
~cara menjaga Iman~
menjauhi amalan2 yg membatalkan iman
drpd Sufian bin Abdullah radiallahu anhu berkata:aku tlh bertanya Rasulullah SAW:wahai Rasulullah:ajarknlah mengenai satu ajaran agama Islam yg x perlu lg aku bertanya orang lain mengenainya,Rasulullah SAW bersabda:katakanlah sessungguhnya aku beriman kpd Allah kemudian teruskanlah & sempurnakanlah kepercayaanmu hingga ke akhir hayat.
sentiasa menjaga batas2 hukum Allah
"(mereka itu ialah) org yg bertaubat,yg beribadat,yg memuji Allah,yg mengembara(utk menuntut ilmu & mengembangkan islam)yg ruku',yg sujud,yg mnyuruh brbuat kebaikan & melarang drpd kejahatan serta yg menjaga batas2 hukum Allah & gembirakanlah org yg beriman(yg b'sifat demikian)
(surah at-Taubah,9:112)
selalu mengingati mati
drpd Abu Hurairah radiallahu anhu berkata:Rasulullah SAW bersabda:perbanyakkanlah mengingati perkara2 yg menghapus kelazatan(maut)
segara bertaubat apabila melakukan kesalahan
dan segeralah kamu kpd(mengerjakan amal2 yg baik utk mendapat)keampunan dr tuhan kamu & (mendapat)syurga yg bidangnya seluas segala langit & bumi,yg d'sediakan bagi org yg b'taqwa
(surah ali-Imran,3:133)
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 6:37 PM 0 comments
Labels: santapan rohani
TIDAK CUKUP HIDUP SEMATA-MATA DENGAN FITRAH,KITA MESTI HIDUP DENGAN TUHAN
Sebenarnya kita boleh hidup aman damai hanya dengan mengikut fitrah kita. Terutama kalau fitrah kita itu masih baik dan belum dirosak atau dicemarkan oleh suasana. Dengan mengikut fitrah seperti ini sahaja, masyarakat boleh menjadi tenang, berharmoni dan bertolong-bantu. Memang itulah keinginan fitrah dan manusia akan berbuat mengikut keinginan fitrahnya itu.
Ini dapat kita lihat di dalam masyarakat orang asli yang hidup di hutan. Atas dorongan fitrah, mereka dapat berinteraksi dan berhubung dengan baik di antara satu sama lain. Mereka mampu mewujudkan masyarakat yang mempunyai jalinan yang rapat, bersatu padu dan berharmoni.
Di dunia lain pula terdapat masyarakat yang hidup aman damai. Kalaupun mereka ada undang-undang untuk menghukum penjenayah dan orang-orang yang membuat salah laku, mereka sebenarnya banyak terpandu oleh etika dan kod sosial atau social code masyarakat mereka yang telah diterima bersama. Kadang-kadang etika atau kod sosial ini terkandung di dalam budaya atau tradisi hidup mereka. Ianya tidak bertulis tetapi semua ahli masyarakat memahami dan mengamalkannya.
Etika dan kod sosial ini tercetus atas dorongan fitrah bersama yang mahukan ketenangan, keharmonian dan kedamaian dalam masyarakat mereka.
Tetapi ini ialah kedamaian dengan fitrah, bukan kedamaian dengan Tuhan. Tuhan tidak mahu kita damai dan menjadi baik atas dasar fitrah semata-mata. Tuhan mahu kita jadi baik atas dasar Tuhan.
Kedamaian dan kebaikan atas dasar fitrah tidak tahan diuji. Orang yang baik atas dasar fitrah bila berlaku sesuatu ujian, baiknya akan hilang dan jahatnya akan terserlah.. Orang yang pemarah dan panas baran; contohnya, akan tenang sekiranya keadaan tidak menekannya. Tetapi kalau dia ditekan dan disusahkan, dia akan jadi berang dan akan mengamuk. Orang yang tidak sabar dan tidak redha pula akan nampak tenang apabila semua keperluannya cukup. Tetapi kalau keperluannya berkurangan dan dia jatuh miskin, dia akan mula meracau dan mengeluh. Boleh jadi dia akan putus asa. Begitulah seterusnya.
Hidup dengan Tuhan bermaksud Tuhan itu menjadi teras dalam kehidupan. Tuhan itu diimani dan dijadikan pegangan. Segala apa dalam hidup ini dikaitkan dan disandarkan kepada Tuhan. Kita menumpang kekuatan Tuhan. Kedamaian, ketenangan dan keharmonian dalam masyarakat dicapai hasil dari cinta dan takut dengan Tuhan. Sifat-sifat baik yang tercetus pada diri individu itu adalah hasil dari mujahadah dan memperbaiki diri atas dorongan rasa takut dengan Tuhan.
Bila kita hidup dengan Tuhan, kita mudah tenang dan sabar dengan susah dan ujian kerana kita bersandar dengan Tuhan. Kalau dalam susah dan ujian pun kita boleh tenang, maka lebih-lebih lagilah kita boleh tenang dalam kesenangan dan kemewahan.
Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia mahu diriNya dilibatkan sama dalam segala urusan dan masalah hamba-hambaNya. Tuhan seolah-olah berkecil hati kalau kita tidak libatkan Dia dalam urusan dan masalah kita. Pada Tuhan, hamba-hambaNya itu adalah kepunyaanNya. Dialah yang paling berhak untuk membantu dan menolong hamba-hambaNya. Janganlah kita kesampingkan Dia. Marilah kita hidup denganNya.
intan payung Hj. Meor, Hjh. Ainun~ MiftahusSyifa' at 5:54 AM 0 comments
Labels: santapan rohani