Inilah masalah kebanyakan orang. Apa dia?
Mereka asyik berfikir tentang benda yang diorang tak nak.
Selepas tu diorang heran kenapa semua apa yang dorang nak tu, muncul pulak depan mata dan tiba-tiba terjadi tanpa di pinta.
Pernahkah ini juga berlaku pada Anda?
Kali ini saya berkata tentang Law Of Attraction.
Minda tak mengenal buruk atau baiknya fikiran kita. Minda kita takkan pernah tahu apa yang kita selalu fikir tu baik atau buruk.
Apa saja yang Anda fikirkan , dia akan "tangkap" dan jadikannya real.
Lebih banyak anda berfikir pasal sesuatu, lebih banyak la ia akan muncul dalam hidup anda.
Minda Anda tak pernah tidur, ia sentiasa mendengar dan "menangkap" kata-kata hati Anda dan segala apa yang terbit dalam fikiran Anda.
Pernah tak anda sakit hati dengan seseorang dan anda asyik berfikir tentang dia, tetiba pulak orang tu selalu muncul di depan mata Anda?
Pernah tak, anda susah hati seharian sebab takut tak cukup duit, tiba-tiba pula di waktu petang anda jatuh dalam longkang dan terpaksa bayar ubat klinik? Duit anda jadi makin tak cukup.
Inilah Law Of Attraction. Dalam bahasa melayu, "attract" bermaksud "menarik".
Minda menarik semua apa yang anda fokus dalam fikiran. Ia akan membuatnya terjadi pada diri Anda.
Kuasa tarikannya lebih kuat jika wujud perasaan di dalam hati Anda. Susah hati, risau atau geram, semuanya dia "tangkap".
Kekadang apa yang Anda tak nak, itu pula yang terjadi. Misalnya anda berkata dalam hati :
Minda anda anggap : "Aku mahu rasa malas hari ini"
Minda anda anggap : "Aku nak tak cukup duit"
Minda anda anggap begini : "Aku takde idea bila menulis kat blog nanti."
Nampak perbezaanya?
Minda Anda tak kenal apa yang Anda mahu tu baik ke tak baik. Dia hanya tahu apa yang Anda asyik fikirkan dan apa yang anda fokus 100% tanpa disedari.
Selalunya apa yang kita tak nak? Huiii.. Banyak.
Macam masalah (apa jua masalah), tak cukup duit, bad mood, kereta tetiba rosak, pc tiba-tiba meragam dan kawan kat ofis pula tetiba naik hangin pula tak tentu pasal.
Apa reaksi kita selepas tu? Mestilah geram, sakit hati, marah dan nak memaki hamun tahap langit ketujuh. Lepas tu, fikiran kita pun ayik fokus pada reaksi kita tu, seharian kita layan geram!
Huh, adakah Anda sedar semua ni memuskahkan diri Anda sendiri? Tentunya tidak. Sebab anda tak tahu bagaimana mengawal fikiran dan emosi anda.
Ramai orang tak dapat apa yang diorang nak pasal minda diorang fokus lebih banyak pada benda yang diorang tak nak tu. See?
Sebab kedua, takut apa yang diimpikan tak menjadi. Takut GAGAL.
Jika anda lebih takut gagal dan rasa takut gagal tu membuatkan Anda berpeluh-peluh, jantung berdegup, mandi tak basah, tidur tak lena dan makan tak lalu, maka kegagalan itulah yang terjadi. Jika Anda takut rugi, maka kerugian yang akan terjadi.
Inilah juga sebabnya mengapa masalah yang Anda tak nak asyik muncul tak berhenti-henti. Sebab? anda anggap diri anda tak pernah kering dari masalah dan percaya pula diri anda selalu bermasalah!
Jadi, kawal pemikiran Anda. Cara untuk mengelak hal ni terjadi, bersangka baik, be positive dalam apa jua keadaan.
Jika anda di landa masalah sekarang ini, tanya diri sendiri apa yang patut dibuat untuk menyelesaikannya. Fikir tentang penyelesaian.
Tanya diri Anda, di mana Anda patut bermula dan apa yang boleh Anda gunakan untuk menyelesaikan masalah tu.
"Hello Shueqry. Kita ni bukan malaikat dik ooi. Takkan kene tipu pun masih nak buat baik jugak!"
Ya, saya sedar. Kita hanya manusia. Tapi, kita dikurniakan dengan kuasa minda. Makhluk lain ada tak?
Kita khalifah di muka bumi. Sebagai khalifah, kita sebenarnya dah ada komoditi paling berharga, Minda kita.
Anda pegang kuncinya.
Jika anda nak berjaya, suburkan minda dengan bersangka baik. Cuba sedaya upaya tenangkan diri setiap masa dan belajarlah untuk kawal emosi.
Bajai minda Anda dengan kata-kata positif, rasa kagum yang tinggi dan rasa bersyukur.
Kalau boleh biarlah sewaktu kita mengucap syukur, rasa kesyukuran tu benar-benar meresap ke dalam diri, sedalam yang mungkin.
Lebih banyak anda bersyukur lebih banyak anda menerima rahmat dari yang Maha Esa. Kesannya, hidup Anda juga menjadi lebih baik.
Dengan itu, minda Anda akan menciptakan situasi yang baik-baik dan "menarik" apa saja yang anda fikirkan. Tak kira sama niat anda nak duit yang banyak, keluarga bahagia, kereta besar, rumah besar atau sebidang tanah yang besar.
Semuanya bermula dari niat. Kawal pemikiran anda.
Walaupun kita bukan malaikat, tapi apa salahnya kita berbuat baik setaraf malaikat dengan semua orang, biar sehabis baik. Buat baik, akan dibalas baik juga.
Betul tak?
0 comments:
Post a Comment