::Bismillahirrahmanirrahim::
::Keluarga besar P.Cik Azam+M.Cik Rusni (Dato' Azam+Datin Rusni)::
*antara ahli usrah ayah+ummi di n9*
(recall) Seminggu sebelum PBS-Isnin-
ayah: kakak, siap-siap p.cik azam and family nak datang ziarah petang ni
kakak: betul ayah? semua?! k.tiqah? k.fifah?
ayah: ya, semua. afifah je tak datang. kan dia di jordan.
kakak: aahla...Ya Allah, Subhanallah...baru je teringat mereka. tup tup, mereka nak datang ziarah dari n9 ^_^
------------------------------------------------
**Masih terngiang-ngiang kehadiran mereka di teratak nyai. Mereka ramai, tapi seronok! Mereka punya 'identiti' tersendiri. Mereka tidak pelik. Tapi, cara mereka, senyuman mereka, percakapan mereka, semuanya tentang mereka indah-indah belaka. Mungkin inilah berkah dibesarkan dalam suasana bi'ah solehah. Sungguhlah, persekitaran itu penting sekali dalam mentarbiyah seseorang individu muslim.
**Kata ayah, "Inilah corak 'usrah' ayah sedari dulu. Gemencheh, Kuala Pilah, Bukit Rokan menjadi saksi persahabatan ayah, ummi dengan ahli-ahli usrah. Mereka berkasih sayang bukanlah kerana harta benda, pangkat juga rupa, tapi, hanya kerana Dia yang Esa." Allah,allah,allah...
**Pesan ayah, "Inilah pentingnya berada dalam usrah. Ia mengajar segalanya." Allah,allah,allah...
**Mereka masih aktif. Jauh tak bermakna terus terpisah. Tapi, itu boleh dijadikan asbab untuk makin rajin berhubung. Sungguh aku KAGUM! Allah.allah,allah...
**Mereka orang hebat! Sungguh aku ingin punya semangat seperti mereka. Dakwah nombor satu, belajar bukan nombor dua! Dakwah nombor satu, keluarga bukan nombor dua! Semuanya seiring bergandingan. Allah,allah,allah...
**Mereka ramai juga rapat! ^_^
**Mereka layak dijadikan qudwah hasanah. Allah,allah,allah....
**Seronok kan andai usrah yang kita bina kukuh, harum mewangi hingga syurgawi? Allah,allah,allah...
p/s: tiada dalam gambar...achik,,maaf achik~ nanti diizinkan kita bergambar bersama-sama ya?^_~
[[230411/03:04]]
3 comments:
achik tunggu saat itu
rindu cah
rindu semua
allah3
m0ga Dia redha!~
with l0ve,
Achik_Ifah :)
aisyah pn menanti saat itu!
tC achik!
wahh seronoknya~ =)
Post a Comment