BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 12, 2012

Kepada yang memerlukannya

::Bismillah::

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Seinfiniti kesyukuran ku rafa'kan pada Dia yang Maha Kuasa kerana masih sudi memberi nikmat Iman dan Islam serta nikmat KEFAHAMAN yang mahal harganya. Alhamdulillah~ 

Insha Allah entry kali ini saya akan berkongsi sedikit kalam yang diterima suatu ketika dahulu. Lama sudah. Ianya saya jumpa pada hari Sabtu yang lepas di dalam sebuah buku dalam kotak bawah meja belajar saya. Di situ, saya coretkan semuanya buat iktibar di masa depan. Buat yang memerlukannya, ambillah. Saya izinkan~

"Dalam hidup kita Tuhan akan bagi kita peluang untuk berjumpa dengan orang yang betul-betul sayang kita.. Tapi, hanya sekali. Tak kiralah keluarga, kekasih @ sahabat sekalipun.. Sekiranya kita leka, kita akan kehilangannya buat selamanya.. Tapi, kita tak pernah tahu siapa orangnya jika kita snirik tak pernah sedar & tak pernah cuba untuk menilai kehadirannya. Mungkin, setelah segalanya berlalu kita mula sedar & mungkin kita tak berpeluang lagi memilikinya lagi." -280209-

Kata yang tidak pernah terungkap,

Betulkah kita tak kan berpeluang memilikinya lagi? Cukuplah sekiranya jika dia sememangnya telah dijanjikan untuk kita, pasti walaupun 1001 mehnah yang menimpa, dengan izin yang Maha Kuasa, dia kan kembali jua. Pegang ia kemas-kemas diiringi dengan usaha yang berterusan. Tapi, jangan dilupa, jadikan ia sebagai jambatan dalam menggapai redha Ilahi. Mahu couple? Maaf. Mahu bernikah? Silakan. Kerna aku tahu iman ku bukanlah sehebat Saidatina 'Aisyah teman seperjuangan Ar-Rasul Muhammad S.A.W.

Petikan kata-kata dari fb saya,
Buat sahabat2 yang bakal menikah, 
Kita lebih memerlukan duit selepas berkahwin. Oleh itu, cukup sekiranya jumlah belanja untuk perkahwinan sekadar memenuhi keperluan hukum Allah. Sesungguhnya, SYARAT sah NIKAH itu MUDAH! Tidaklah perlu kepada hantaran yang berbondong-bondong baru ia dianggap sah. Pedullikan kata orang. Mulut orang sampai bila tak dapat kita tutup. 
-Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta; Shamsuddin Kadir-

*Bercakap mengenai ini tidak bermakna wadah perjuangan utama telah kita biarkan sunyi sepi dari kamus hidup kita* 


..Allahua'lam..

0 comments: