::Bismillah::
PEMIMPIN
Menyebutnya senang.
Menanggungnya berat.
Tapi,
hakikat seorang hamba pasti tak lari dari tanggungjawab itu.
Di dunia tanggung.
Di akhirat jawab.
Hmm, andai di dunia banyak compang campingnya,
Di akhirat gagap jawabnya.
Bukan untuk mengata anda
tapi buat peringatan hamba yang utama.
Paling terkesan sehari dua ini,
kerana keterlambatan tindak balas juga ingatan yang kian tumpul
menyebabkan pihak lain tawar hati.
Perit ditembak.
Mereka betul.
Husnuzzhon. Ambil 'Ibrah. Buat sehabis baik.
Insha Allah moga terselit hikmah.
Mulai esok, Isnin-Khamis akan berjimba-jimba di Sekakap Mersing.
Perkhemahan Badan Beruniform-Gabung semua B.Beruniform yang ada di sini.
Saya?
Sepertimana lencana di atas. :)
Moga Allah Redha
Bismillahi tawakkaltu 'alallah
-ama-
0 comments:
Post a Comment