BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 5, 2010

thabatkalah jiwa ku ini Ya Rabb....

sebelum memulakan sesuatu perkara,marilah bersama-sama kita berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.~

sudah lama kiranya saya tidak menjenguk laman sesawang ini..bukan sudah melupakan tetapi atas masyaqqoh yang sering menimpa membuatkan saya tidak sempat untuk meng-update..macam-macam yang telah berlaku..bermula dari bulan Mei 2009 hinggalah ke saat saya sedang menaip di atas katil sekarang ini..perancangan yang telah saya atur sebelum ini telah bertukar corak sebegitu drastik sekali..adakah ia disebabkan paksaan dari mana-mana pihak?jawapannya ya..saya dipaksa rela untuk mengubah impian yang telah saya impikan selama ini..tetapi sekarang saya sedang dan cuba meng-ikhlaskan diri saya sebaik mungkin dalam meneruskan misi perjuangan yang saya ceburi kini..kadang-kadang rasa amat tidak adil..tapi,saya cuba untuk mempertahankan visi hidup saya untuk menjadi seorang anak yang solehah terhadap ummi dan ayah.perit memang perit..sedih?sangat sedih pada mulanya..kadang-kadang,bisikan jahat syaitan berjaya menyelinap dalam jiwa saya agar memprotes segalanya~tika itu,hanya zikrullah menjadi penguat jiwa..sedaya mungkin saya cuba untuk men-thabat-kan diri~hanya Dia tempat saya mengadu,merintih,menangis..........

alhamdulillah sehingga kini,saya berjaya untuk melawan segala mehnah yang menimpa sepanjang saya berkelana di bumi Batu pahat..pelbagai trial and error saya lakukan keatas diri saya sendiri.

dua minggu lepas,saya ke maktabah yang disediakan oleh pihak institut seperti biasa.cuma pada hari itu,hati saya terdetik untuk melewati ruangan yang mana rujukan2 yang disediakan lebih tertumpu kepada guru pelatih DNT(design and technology)..niat asal untuk ke ruangan itu hanya untuk mencari idea bagi menyiapkan buku cerita b.arab (sebagai assignment) yang dikehendaki oleh pensyarah..tapi,ketika itu mata saya meliar ke arah pelbagai buku2 yang berkaitan dengan DNT..pada saat itu juga jiwa saya meronta-ronta untuk menukar opsyen..tak tahu kenapa saya berfikiran seperti itu...jiwa ini menangis...saya mengambil masa selama beberapa hari untuk me-recover semula perasaan saya..saya terfikir adakah sudah cukup ikhlas diri ini?Ya Rabb,sesungguhnya hamba seorang yang sangat lemah..thabatkanlah hati hamba.....jauhilah hamba dari sifat mementingkan diri sendiri..tabahkanlah hati hamba Ya Raheem..tanpa-Mu disisi tiadalah makna hamba hidup di atas muka bumi-Mu Ya Rabb~tentukanlah sebaik-baik pengakhiran buat diriku Ya Muqtadir..ameen~

0 comments: