BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
Showing posts with label syukran ya rabb. Show all posts
Showing posts with label syukran ya rabb. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

Kawan,,Teman,,Sahabat.....

::Bismillahirrahmanirrahim::



Selama ini kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini padaMu Ilahi
Teman yang dicari selama ini
Telah kutemui

Dengannya disisi
Perjuangan ini
Senang di harungi
Bertambah murni kasih Ilahi
Kepada Mu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan kasih sayang kita
Kepadamu teman
Kupohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telahku ungkapkan segala-galanya
Teman
Bersamalah kita semaikan persahabatan ini
Dengan keimanan
Teruskanlah perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu Teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telahku ungkapkan segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita
Haa…….
Kumencari-cari teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci
Haaa……..

Tajuk Nasyid : Teman Sejati
Artis : Brothers
Album : Teman Sejati



Nota hati :

  1. Maaf, saya tak pernah berjaya untuk menjadi kawan, teman, sahabat terbaik awak.
  2. Awak KUAT ya! Dugaan-dugaan itu semua sekadar nak menguatkan lagi mengukuhkan iman awak + nak jadikan awak kuat dalam sof ini. Awak tak lemah sayang. Malah daya tahan (inner strength) awak lagi kuat dari saya tau! Part ni memang saya salute! Sepatutnya saya anak perempuan sulung yang patut kuat kan? Tapi, nampak gayanya awak lagi kuat tau. Jarang kot saya jumpa orang macam awak. Saya bangga awak jadi kawan, teman, sahabat saya. Lillah! ^_^
  3. Saya tahu awak letih, perlukan masa untuk re-cover semuanya. It's ok sayang... Ambillah sebanyak mana masa yang awak perlukan.
  4. Kalaulah selama ini awak boleh jaga hati perasaan saya, jaga makan minum saya, jaga kebajikan saya, takkanlah saya tak dapat nak addapt dengan semua ni kan sayang? JAZAKILLAH! :)
  5. Awak nak tau tak, awak seorang pemimpin yang sangat berdedikasi tau! Do take it as a compliment ok~ ^_*
  6. Saya minta maaf sekali lagi sebab serius saya tak pernah berjaya jadi kawan, teman, sahabat terbaik awak. TT_TT
  7. Tapi tak mengapa, sebab saya tahu awak punya mereka yang lagi mantap. Saya bangga sebab awak ada mereka yang mantap. Saya tak cemburu. Malah BANGGA tau! ^_^
  8. Maaf untuk segalanya andai sepanjang perkenalan kita, saya selalu menyakat, mengguriskan hati awak yang melampau. Halalkan segala makan minum saya ya.
  9. Dah2. Awak jangan sedih-sedih lagi tau. Tak CUMEYL nanti! *_^
  10. Kalau awak rasa sedih, down, awak sujudlah, cerita ceriti la kat kakak-kakak juga 'kakak-kakak' awak. Awak bertuah tau sebab awak punya kakak-kakak juga 'kakak-kakak' yang sangat baik,prihatin, lagi penyayang =)
  11. Terima kasih...^_~


    Doa saya; Moga ukhuwah kita-kita harum mewangi hingga syurgawi...
    Masing-masing punya peranan+posisi masing-masing kan?
    "Till Death Do Us Part"
    Moga ianya kerana Dia yang Satu
    InsyaAllah
    ^_^
    Salam Ukhuwah Mahabbah Fillah
    ~Fi Amanillah Sayang~
    [[120511/01:43]]

Thursday, March 17, 2011

Hari Pertama di S.K.Padang Garong 1 ^_^

::Bismillahirrahmanirrahim::



Subhanallah!

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah~

       *******

lokasi :

S.K. Padang Garong 1, Jalan Hospital, Kota Bharu, Kelantan.


matlamat :

Lapor diri dengan Guru Besar, Tn. Hj. Mansur Bin .... (alamak!tetiba lak terlupa) minta maaf Tn. Hj!.


perasaan :

Dup dap dup dap! tapi serius sekejap je rasa semacam itu hehhe..Alhamdulillah..entah kenapa serasa tenang sekali saat mengetuk pintu pejabat S.K. Padang Garong 1 pagi tadi (170311/12:00 a.m.)..pelik! selalunya konpem akan dup dap dup dap tahap entah apa-apa da!^_^


tempoh 'chit-chatting' dengan GB :

30-40 minit! pergh! hajat nak lapor diri saja.
Tapi, lain pula jadinya..macam-macam yang dibualkan..seronok! Teruja sangat! ^_~
*** mula-mula perkenalkan diri,
'Assalamu'alaikum Tuan. Saya Siti 'Aisyah binti Meor Kamarulzaman dari IPG kampus Tun Huseein Onn ingin....'
tak sempat nak cakap tujuan asal,
GB terus cakap...'o0oh..ya ya...anak cg. Meor kan?'
pergh! tak boleh tahan rasa nak gelak je waktu tu hehhe (tapi mana boleh nak gelak kat situ..cover dengan bagi sengihan lebar saje la) ^_^...
lagi satu part, part sebelum nak minta izin nak undur diri....
GB said, '......takpo2, daddy/ayah ada duk sebeloh jah..nanti boleh mari dengan daddy/ayah maso PBS'....
dush3! walaweyh! ini GB sangat sempoi tapi kompeten!
(kenapa kompeten? sebab, 1st impression saya terhadap dia selepas chit-chatting hampir 30-40 minit mengatakan sebegitu..penerangan GB bes tau!) hehhe...


harapan 1 :

Semoga proses PBS yang akan bermula pada hari Ahad ini (200311) berjalan dengan penuh lancar Ya Bari' Ya Allah~ Permudahkanlah Ya Allah...


harapan 2 :

Kalau praktikum dapat sekolah ni mesti sangat seronok kan? sebab pentadbir sumgguh user friendly (^_^)"..InsyaAllah~


**GB = Guru Besar
** PBS = Pengalaman Berasaskan Sekolah



[[170311/23:49 p.m.]]

Tuesday, February 22, 2011

Allah...

Allahu Rabbi,

Aku masih punya kaki.
masih punya jari.
sedangkan,
mereka sudah kehilangannya.
Aku masih ada ibu,
masih juga ada bapa.
Sedangkan, mereka mungkin juga telah kehilangannya.

sungguh!
Sungguh aku tidak bersyukur sama sekali!
Walhal, aku masih punya 'segala'.

ah!
aku hanya insan biasa.
ma'sum jauh sekali!
malah,
sering futur juga luntur!

BANGUN!
Bangunlah wahai jiwa!
BANGUN!!

Berjanji setialah dengan Ilahi
bahwa kau
senantiasa teguh berdiri
tanpa lelah sekali
demi
agama yang diredhai Ilahi
Allahu Akbar!!

Sunday, February 20, 2011

mengimbau kenangan semalam~

Salamun'alaik semua...

'semalam'
cukup untuk membuatkan aku bangun
bangun dari lena yang panjang.

andai aku 'pergi' jauh
mungkin
aku akan futur
mungkin juga
aku akan terus terkubur.

'mereka' tidak rugi
sebaliknya
akulah yang bakal rugi
rugi dunia?
mungkin
masih ramai yang boleh 'support'.
mungkin?

Ukhrawi
bagaimana pula?
seorang.
tanpa sesiapa.
muflis?
hinanya aku saat itu.
wana'uzubillahiminzhalik
Ya Muntaqim

Sungguh.
sungguh aku bersyukur
diberi ruang
meneguk nikmat 'semalam'
andai ianya demi mardhotillah yang satu,
cukup sekali
untuk aku merasa puas
menelan
Halawatul Iman.

Kepada yang sudi,

Terima Kasih!

*******************************************

Allahumma Ya Muqallibal Qulub,
Thabbit Qalbi 'ala deenik,
'ala Tho'atik,
'ala Da'watik

Allhummakhtimlana Bissholihati A'malina,
Wala takhtim 'alaina Ya Allah,
Bisuuil Khotimah
Ya Rabbal 'Alameen

********************************************************

Ya Ilahi,
Janganlah Engkau biarkan aku sendiri membawa diri
pimpinlah aku
tuntunlah aku
agar
aku sentiasa dekat denganMu.



##Permudahkanlah perjalanan hidupku Ya Bari'##

Sunday, November 28, 2010

SERIUS!!!

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah 3ala kulli haal~

Persoalan :
SERIUS?!
Apa yang serius sangat ni? Apa ni? Ya Allah..Allahu Ya Salam, Sejahterakanlah hati ini..Janganlah Kau kusutkan perasaan ini Ya Salam...

Jawapan :
Hmmm...mungkin ini kiffarah ke atasku----selalu ambil remeh dengan perasaan. Tapi, serius aku katakan bahawa saat ini, tika ini, sekeping hati yang kadang kala aku nafikan haknya telah berjaya di porak-perandakan oleh nafsu yang selalu ingin merajai hati ini! SAKIT!

SYUKUR AMAT!
Alhamdulilah kerana Dia masih memberi peluang kepadaku untuk mengkoreksi perjalanan yang sekian lama aku lalui..yang mana, kadang kala aku berjalan berkonsepkan 'taqlid' semata! Astaghfirullah...Ini bukan 'Aisyah yang sebenar ok!

Adakalanya pula aku sedar akan kekhilafan diri tapi, entah bagaimana aku terasa tidak mampu untuk membetulkannya..**pengakuan jujur : tipu andai aku bilang aku tidak pernah ubah langsung! Bukan aku tidak pernah untuk mengubahnya tapi, maksud aku disini ialah ubah dengan istiqamahnya + tidak terus tersasar!kenapa ya aku nggak bisa untuk praktiskan kosa kata istiqamah itu?! Ighfirli Ya Rabb...**

SOLUSI
 Alhamdulillah, saat mereka enak dibuai mimpi indah dan Th0riq juga sudah selamat ditidurkan dalam pangkuan chenta hati saya, Alhamdulillah di atas segala kekuasaan yang dimiliki oleh-Nya, sekali lagi sekeping hati ini telah berjaya di ketukkan dengan beberapa persolan minda!

Antaranya :

  1. Adakah layak untuk aku buktikan pada diri bahawa aku juga mampu untuk menjadi seorang mujahid + Deen = MUJAHIDEEN andai saat ini aku masih membiarkan tiap detik yang berlalu meninggalkan aku begitu saja, tanpa sedikitpun rasa bersalah?!!
  2.  Adakah sanggup untuk kakak ketepikan malah melupakan terus frasa 'Dunia Ladang Akhirat'?! Astaghfirullah...
  3. Mendidik seorang anak/anak murid itu bukanlah senang. Ok kakak!**mendidik bukanlah sekadar mengagah si kecil agar diam dari membuat kepala si ibu berpinar mahupun mengajar a-b-c, alif-ba-ta- tapi mendidik hati nuraninya..agar baik luar dalamnya**---kakak, untuk mendidik hati-hati mereka di luar sana, adakah sekeping hati yang kakak miliki ini sudah sepenuhnya terdidik?! Tepuk dada tanya iman. Andai masih ada yang songsang, terkurang, tersalah, dan segala ter lagi, perbetulkanlah, perbaikilah untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Terbaik bukanlah sekadar untuk diri sendiri dan sekeliling. Tetapi, yang utamanya adalah untuk Ad-Deen!
Sekadar berkongsi
Maaf andai entry kali ini membuatkan antum akan berfikir "apelah yang budak nh cakapkan.."--terserahlah--tapi, bagi aisyah, ia mampu membuatkan syah teringatkan 1001 perkara..1001 idea untuk di 'share'kan di sini (tipulah sampai 1001) yang selalu menembak minda syah tanpa henti! Tapi, cukuplah untuk syah berkongsi mana-mana yang mampu syah 'type'kan di pentas blogspot ini.--tak semua idea yang menembak minda syah kongsi di sini ya..--cukuplah sekadarnya~

Pesan pada Diri
  1. Yang utama itu perlu di utamakan!
  2. Membazir masa, 'uang'!
  3. Kecewakan Ad-Deen!
  4. Kecewakan luvlyayah, luvlyumi, nyai, abang, adik2!
  5. Sentiasa menyeru nama Allah Ya Baari' agar dipermudahkan jadual perjalanan hidup~
  6. Alpa dengan nikmat sihat yang Allah pinjamkan..sebab, ia sementara cuma!!
  7. Istiqamah dengan 'muthaba'ah 'amal' Ok!

Wednesday, November 24, 2010

Andai Ada yang Sudi, Ingin Ku Pinta Lagi...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Apa khabar sahabat-sahabat? Semoga sihat-sihat aja hendaknya ya!=)

Baiklah, di sini ingin hamba maklumkan sedikit sebanyak info terbaru mengenai diri hamba...chewwah!~^^~

Kondisi hamba :
Alhamdulillah kondisi makin stabil. Stabil dari pelbagai mehnah. Banyak yang positif berbanding negatif yang boleh 'aisyah khabarkan buat antum semua. Alhamdulillah syukur 'aisyah panjatkan kepada Allah Ya Salam kerna Dia masih sudi men-sejahtera-kan tubuh badan yang diberi pinjam ini. Memang, memang tiada tempat yang layak untuk pergi mengadu melainkan pada Dia yang Satu.

Keluarga ter-'chenta' :
Alfun syukran kepada ummi, ummi, ummi, ayah, nyai, abang 'Izzuddin, kakak iparku k.mun, adik(Thaqif), adik(faqeehah), dan baby(najihah) kerna tak putus-putus mendoakan kesihatan jua kesejahteraan kakak!

Dear ummi, tak mampu untuk kakak balas segala jasa ummi dalam tempoh ummi 'jaga' kakak sehingga kakak boleh sihat sebegini rupa. Betullah, doa seorang ibu mustajab!. Langsung tiada hijab! Sebagai contoh kecil, cuba bayangkan seorang anak terlantar kesakitan yang amat (tiba-tiba je sakit tanpa notis 24J), kemudian si anak tadi 'call' ibunya yang nun jauh di Pantai Timur sana. selepas mengadu itu dan ini dan menamatkan panggilan, tak sampai seminit pun, sakit yang sangat-sangatlah sakit tadi tiba-tiba dengan Kuasa Allah, ia hilang bagai di tarik buang! Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! Sesungguhnya tiadalah Kuasa melainkan Kuasa yang Ia punya untuk menyembuhkan kesakitan sebegitu rupa. Alhamdulillah. Lepas dah hilang 'penyakit' itu, maka si anak tadi terus menukar pakaian kepada pakaian sukan untuk turun menghirup udara segar (tengok something greeny) + nak revise 'rasm-uthmani' (sebab esoknya tu ada imtihan PA1).Kasih seorang ummi mekar mewangi hingga syurgawi InsyaAllah~

Dear ayah, chenta hati kakak juga, JAZAKALLAHU KHAIRAN JAZA' untuk semua semangat yang ayah pinjamkan untuk kakak. Semua nasihat tentang kehidupan yang realiti lagi hakiki yang bakal kakak tempuhi seketika nanti. Tiada satu pun yang ayah kongsi mongsi dengan kakak yang tak betul. Semua betul! Memang kakak tak dapat nafikan. terima kasih juga untuk semua duit yang ayah dah laburkan untuk kakak. Janji kakak, kakak akan cuba dan cuba untuk belajar mengurangkan kos sara hidup+ keinginan kakak ok ayah?hehe=) ~ ayah,tnx gk sebab bawa kakak dan keluarga menghirup udara segar Perak sebelum ayah kembali 'busy' dengan musim exam. Siyes! lama amat kakak x hirup udara segar -Selama (perak) -Taiping- Kati- Pekan Kuala Kangsar-...sebenarnya, macam biasalah, kakak akan rindukan laksa kuala n cendol talib dekat pekan kuala + air sungei dekat bendang ujib je sebenarnya ^^"~...ayah, tnx juga sbb izinkan kakak mengembara dari Perak ke Kuantan sorang-sorang (w/pn da biasa ke Kuantan) untuk menghadiri Nisa' Teen Circle's Camp + izinkan kakak balik lewat sehari dari tarikh sepatutnya.THANK YOU ayah!Ayah, jangan lupa untuk kongsi mongsi lagi semangat ayah untuk kakak ya?~

Nyai sayang, THANKS SOO MUCH nyai!kakak doakan semoga nyai panjang umur murah rezki tambah iman dikurniakan badan yang cergas untuk beribadat, dan di makbulkan doa nyai agar sempat menyaksikan walimah kakak satu hari nanti. Kakak tahu nyai sentiasa doakan yang terbaik untuk kakak dan kakak pinta agar nyai sentiasa doakan yang terbaik untuk kakak lagi.~

Abang sayang, terima kasih juga sebab tak pernah lupa untuk 'care' tentang kakak yang manja ini w/pn kakak tahu abang sangat busy untuk mencari sesuap nasi buat keluarga~Abang, terima kasih sebab masih sempat tanya kondisi hati kakak andai ia sudah di isi dengan orang lain mahupun tidak. Dear abang, ketahuilah bahawa dalam hati kakak ini kakak hanya pinginkan ayah,abang,Thaqif dan Thoriq sahaja sementara dia yang di luar sana [[yang kakak tak tahu sapa-sapa lagi]] belum halal lagi untuk kakak. Memang, kalau ikutkan gelodak nafsu remaja, kakak memang ingin menyayangi juga disayangi. Tapi, buat sementara ini kakak sedar bahawa mereka yang utama patut kakak 'awla'-kan dahulu sebelum kakak kecapi nikmat pabila sudah halal nanti. Betul tak abang? Abang, jangan pernah putus untuk doakan kakak ya bang. Doa agar Allah Ya Baari' mengaturkan jadual hidup yang terbaik buat kakak dan kita sekeluarga ya~Kakak SAYANG abang!

K.Mun, terima kasih juga tau!Doakan kakak ya k.mun~

Adik Thaqif, terima kasih dik tolong doakan kakak sihat sepanjang imtihan final yang lepas. Walaupun Thaqif jauh dengan kami...tapi,Thaqif tetap dekat  di hati kami! Do the best ok qif!Qif tak ada dekat rumah, kakak sedikit sunyi sebab tak ada orang nak gaduh nak bertekak dengan kakak, dengan faqeehah...Kakak SAYANG Thaqif!!Tolong doakan kakak lagi ya dik~

Adik Faqeehah, terima kasih juga sebab sudi bertekak dengan kakak sepanjang abang thaqif tak ada^^'~ terima kasih dik,sebab bantu kakak ketika Allah menarik nikmat sihat untuk kakak. Be a gud Muslimah ok dik..InsyaAllah, kakak akan sentiasa doakan adik menjadi seorang Siti Faqeehah Al-Hafizah yang SOLEHAH lagi MUSLEHAH.Ameen~

Khas untuk baby kakak yang sorang ni...terima kasih baby. Terima kasih sebab menitiskan air mata kasih khas untuk kakak ketika kakak ke Kuantan minggu lepas. Dengan air mata itulah kakak mengerti bahawa baby sangat sayangkan kakak. Betul tak baby? Kakak doakan agar baby sentiasa 'najah' dalam perjalanan hidup baby. Kakak yakin dan kakak doakan baby bisa menjadi Siti Nur Najihah Al-Hafizah juga satu saat nanti InsyaAllah. Baby, jangan lupa untuk titiskan air mata itu lagi ya agar kakak sentiasa ingat bahawa masih ramai yang sayangkan kakak!8-)

Sahabat-sahabat yang setia dan masih disisi hamba tika senang dan susah :

Terima kasih yang tak terhingga kerna tidak pernah jemu untuk setia disisi 'aisyah...=)..tanpa kalian (selepas Allah Ya Baari' dan keluarga ter-'chenta', tak taulah macam mana keadaan aisyah dulu dan sekarang..Terima kasih kepada semua kerana sudi titipkan sokongan dan dorongan untuk syah bangun dan terus kuat menghadapi mehnah yang menimpa. Terima kasih semua! Semoga Allah merahmati kalian!!ameen~

Perawatku / Asbab kepada yang boleh merawatku :
1) Allah.
2) Doa seorang ummi yang tiada tara kasih sayangnya.
3) Doa Seorang ayah yang tiada henti dalam bangun malamnya memohon dan terus memohon khusus untuk intan payungnya.
4) Doa yang tidak pernah henti yang dilantunkan oleh mereka di sekelilingku juga mereka di luar sana.
5) Doa seorang perawat yang diberi pinjam ilmu oleh Allah untuk merawat pesakitnya. Menggunakan doa sebagai modal utama. Terima kasih Walid, terima kasih Mak Cik.~ InsyaAllah, kita kan ketemu lagi.

Khulas0fil Qaul :

  • TERIMA KASIH SEMUA!

  • Ketahuilah bahawa kakak, 'aisyah, syah sayangkan kalian amat! Akan sentiasa mendoakan kalian selagi mana Allah memberi pinjam nyawa buat diri ini.~

  • Dalam apa jua situasi yang melanda, tak kisahlah penyakit hati kah, penyakit jiwa kah, mahupun penyakit-penyakit yang lain, cuba lah untuk menggunakan teknik dibawah ini ;

~BAWA HATIMU KEPADA TUHAN, DISANA PUNYA JAWAPAN~
PASTI!
...INSYAALLAH...

Amacam?Aci tak?? 8-)
Aci tak aci, percayalah...Janji-janji Allah itu PASTI!

Monday, April 26, 2010

beratnya Ya Rabb...kekadang tak mampu untuk aku melawannya!!

Dengan nama Allah yang MAha Pengasih lagi Maha penyayang, segala puji dan puja hanya layak buat-Mu Tuhan sekalian alam..Selawat dan salam kutujukan khas buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W..

Pada post kali ini syah hanya nak mengingatkan diri syah sendiri dimana perlunya bagi setiap insan itu untuk BERMUJAHADAH dalam apa jua perkara sekalipun.

Jujurnya , kekadang syah sendiri pun akan jatuh andai tidak bermujahadah dengan sebetul-betul mujahadah. Malu amat dengan diri sendiri..malu amat pada sahabat2 yang mana pada mereka syah bagi nasihat..tapi yang paling malu ialah malu dengan Dia!malu amat....tak tahu nak sorok dekat mana muka yang dipenuhi dengan aspal2 hitam ini..terlalu banyak khilaf yang telah dilakukan samada secara sedar ataupun tidak...Astaghfirullah~~Tapi syah syukur amat kerna dikurniakan 'usrah' yang sangat prihatin dengan keadaan semasa yang menimpa sesama 'usrah'..tanpa rasa jemu mereka tetap beri semangat dan nasihat yang begitu bererti bagi syah...alfun syukran buat 'ahli keluargaku' disini..

Dengan ta'lim dan sesi tazkirah pada setiap malam setiap kali selepas s0lat isya' sesama 'ahli keluarga' bukan sahaja dapat me-'refresh' ilmu yang kian berkarat bahkan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga kami..ketika itulah segala nasihat dan teguran akan diberikan khusus buat kami sesama ahli keluarga..syah syukur amat sebab dikurniakan oleh Dia antunna yang mant0p2 dari pelbagai aspek....

ALfun syukran juga buat sahabatku yang seorang itu kerna sabar mendengar rengekan manja diri ini dikala 'd0wn'...aasif jiddan hamba ucapkan kerna meng-ulang tayang peristiwa lama..tak pernah terfikir di benak fikiranku untuk membuatkan sahabat 'letih'..maaf!tapi,syukran atas segalanya...

Sahabat, diri ini nekad untuk membiarkan ia pergi..InsyaAllah diri ini tak akan alpa dengan setiap bait pesanan yang selalu engkau titipkan buatku dikala diri ini 'd0wn'..sahabat, ku berharap agar hati ini bakalan tenang seperti sediakala..bantulah pacal yg hina ini Ya Rabb...Allahummaameen~~~memang susah untuk membiarkan ia pergi begitu sahaja..tapi,apakan daya untuk syah melawan ketentuan-Nya...syah akan cuba untuk melakukannya!MUJAHADAH...!yup!MUJAHADAH...!! demi mendapatkan sesuatu yang hakiki kita memang perlu akan mujahadah~~benarlah dengan kata2 yang syah pernah pegang sejak di MMP dulu bahawa; MUJAHADAH itu PAHIT kerna RAHMAT disebaliknya teramat MANIS!


Alfun syukran semua!!syah SAYANG antunna =))

Monday, March 15, 2010

tika ini.....

salam kesyukuran dengan nikmat yang telah dikecapi hingga kini..

Demi masa,
sesungguhnya manusia dalam KERUGIAN....

ayat2 cinta ini yang selalu pahit untuk aku telan..tapi apakan daya kerna diri ini tidak pernah mahu bersyukur dengan nikmat masa yang telah diberikan untuk digunakan dengan sebaik mungkin.Ya Rabb..ampunilah dosa akibat kelalaianku.....

serasa baru semalam diri ini sampai di teratak nyai...tapi,hakikatnya sudah masuk hari ke-2 aku di sini..menghirup ketenangan buat seketika sebelum kembali semula ke medan jihad...=D

sahabiah selalu menanyakan kenapa diri ini kenapa selalu amat beli tiket di saat akhir..aku hanya mampu menjawabnya dengan mengukirkan sebuah senyuman..kadang-kadang rasa malas amat untuk melayan pertanyaan seperti itu..kerna setiap kali isu tiket hangat diperkatakan,diri ini tak lepas dengan soalan..'syah,da beli tiket?' ataupun..'beli tiket balik mana ni?KL?Kuantan?'..dalam hati hanya Dia sahaja yang memahami kenapa,mengapa diri ini suka amat beli tiket pada saat-sat akhir...hanya Dia yang faham.....tapi aku tak pernah dan tidak akan untuk tidak menyenangi dengan pertanyaan seumpama itu..bagi aku,mereka juga keluargaku..mereka layak untuk bertanya apa jua soalan sepertimana layaknya sebuah keluarga bertanya itu dan ini kepada diriku^^....

alhamdulillah kerna Dia masih melindungi dan mempertahankan ukhwah yang baru kami bina ini~ingatlah diri,ukhwah itu bukan terbina kukuh dengan menggunakan asbab masa dan tempoh sesebuah perkenalan..tetapi,ia akan terbina kukuh hanya disebabkan sebuah keikhlasan!syukur hamba panjatkan kepada-Mu kerna mengurniakan hamba sahabiah-sahabiah yang cukup istimewa zahir dan batinnya....

tika ini hanya zikir mampu ku lafazkan kepada-Mu kerna telah mengurniakan daku sahabiah-sahabiah yang cukup aku kagumi!Subhanallah..Alhamdulilah..Allahuakbar

Friday, March 5, 2010

thabatkalah jiwa ku ini Ya Rabb....

sebelum memulakan sesuatu perkara,marilah bersama-sama kita berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.~

sudah lama kiranya saya tidak menjenguk laman sesawang ini..bukan sudah melupakan tetapi atas masyaqqoh yang sering menimpa membuatkan saya tidak sempat untuk meng-update..macam-macam yang telah berlaku..bermula dari bulan Mei 2009 hinggalah ke saat saya sedang menaip di atas katil sekarang ini..perancangan yang telah saya atur sebelum ini telah bertukar corak sebegitu drastik sekali..adakah ia disebabkan paksaan dari mana-mana pihak?jawapannya ya..saya dipaksa rela untuk mengubah impian yang telah saya impikan selama ini..tetapi sekarang saya sedang dan cuba meng-ikhlaskan diri saya sebaik mungkin dalam meneruskan misi perjuangan yang saya ceburi kini..kadang-kadang rasa amat tidak adil..tapi,saya cuba untuk mempertahankan visi hidup saya untuk menjadi seorang anak yang solehah terhadap ummi dan ayah.perit memang perit..sedih?sangat sedih pada mulanya..kadang-kadang,bisikan jahat syaitan berjaya menyelinap dalam jiwa saya agar memprotes segalanya~tika itu,hanya zikrullah menjadi penguat jiwa..sedaya mungkin saya cuba untuk men-thabat-kan diri~hanya Dia tempat saya mengadu,merintih,menangis..........

alhamdulillah sehingga kini,saya berjaya untuk melawan segala mehnah yang menimpa sepanjang saya berkelana di bumi Batu pahat..pelbagai trial and error saya lakukan keatas diri saya sendiri.

dua minggu lepas,saya ke maktabah yang disediakan oleh pihak institut seperti biasa.cuma pada hari itu,hati saya terdetik untuk melewati ruangan yang mana rujukan2 yang disediakan lebih tertumpu kepada guru pelatih DNT(design and technology)..niat asal untuk ke ruangan itu hanya untuk mencari idea bagi menyiapkan buku cerita b.arab (sebagai assignment) yang dikehendaki oleh pensyarah..tapi,ketika itu mata saya meliar ke arah pelbagai buku2 yang berkaitan dengan DNT..pada saat itu juga jiwa saya meronta-ronta untuk menukar opsyen..tak tahu kenapa saya berfikiran seperti itu...jiwa ini menangis...saya mengambil masa selama beberapa hari untuk me-recover semula perasaan saya..saya terfikir adakah sudah cukup ikhlas diri ini?Ya Rabb,sesungguhnya hamba seorang yang sangat lemah..thabatkanlah hati hamba.....jauhilah hamba dari sifat mementingkan diri sendiri..tabahkanlah hati hamba Ya Raheem..tanpa-Mu disisi tiadalah makna hamba hidup di atas muka bumi-Mu Ya Rabb~tentukanlah sebaik-baik pengakhiran buat diriku Ya Muqtadir..ameen~