BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, November 2, 2011

Cinta Sehujung Kuku

::Bismillah::

Pada suatu masa, tinggal sepasang suami isteri yang saling menyayangi
Pada suatu hari, si isteri membuat satu permintaan kepada suaminya untuk hidup tanpa dirinya. Dia meminta kepada suaminya untuk tidak menghubungi dia langsung  selama sehari..
Si isteri berkata kepada suaminya, “Bila abang dapat melepasi syarat  itu, saya akan mencintai abang selamanya”. 
Si suami bersetuju. Seharian dia tidak sms dan menelefon isterinya tanpa dia mengetahui bahawa isterinya hanya memiliki 24 jam untuk hidup, kerana si isteri terkena kanser..
Keesokan harinya si suami itu pulang ke rumah.
Air matanya menitis  melihat isterinya sudah terbaring dengan surat di tangan yang bertulis“Kamu berjaya sayang, bolehkah kamu lakukan perkara itu setiap hari..? Saya mencintai kamu selamanya..”


Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh


Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut

Jangan Mencintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur

Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku

Walau Kecil

Walau Selalu Dipotong

Ia Akan Selalu Tumbuh…

:)



Macam-macam yang ingin dicoretkan disini. Tapi biarlah ia tersimpan kejap di lubuk sanubari...






*Bila nak habis baca Murid & Alam Belajar ni??*



[[031111/00:24]]

Sunday, October 23, 2011

nothing to say...

::Bismillah::


Khas untuk mereka yang saya sayang. Yang dekat, yang jauh, yang terpisah, yang tidak terpisah...

Ketahuilah saya sayang anda.

Muktamad.

Tiada wujud perkataan pilih kasih.

Masing-masing punya tempat di hati saya.

Anda juga!

~Terima Kasih~











Andai tergelincir
kembalilah berlatih
walau ia sekadar bertatih


Ketahuilah masih ramai yang menaruh kasih


Tiada siapa yang sempurna
tapi
kita masih punya ruang untuk  melengkapkannya
betul tak?


Entry ini;
*Just, all in 1*
-Kerana saya tidak pandai bermadah pujangga-

(^-^__^-^)



[[231011/18:27 p.m.]]


Friday, October 21, 2011

Rezeki yang telah dijanji

::Bismillah::












^al-Fatihah^al-Baqarah^
^al-Furqan^al-Mu'minun^as-Saff^



Dengan 'kata-kata' yang baik
menghasilkan 'rezeki' yang baik-baik



Tanpa mereka
Siapalah kita

Tanpa kita
Tiadalah mereka

Tanpa mereka
Gersanglah dunia



~Hamdan wa Syukran Lillah~



[[221011/??:?? a.m.]]

Wednesday, October 19, 2011

Siapa tahu~

::Bismillah::



Hati…

Apa yang dilihat di luar belum tentu mampu menceritakan apa yang ada di dalam.








Senyum, tawa. Dalamnya hati siapa yang tahu?


“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”



~Yassirlana Ya Bari'~

** Hati-hati dengan hati. Kelak memakan diri**


[[201011/??:?? a.m.]]

Saturday, June 4, 2011

Walimah------->Sorry lalim!

::Bismillah::

Dear syera (Nur Siti Syahirah),
Sori lots sebab tak dapat attend ur big bro's wedd. Bukan aku tak nak tapi, keadaan tak mengizinkan. Ko tau kan situasi aku sekarang macam mana? (aku bertiga+sepupu sorang je kat rumah nyai sepanjang ummiayahnyai beribadat kat sana)

Untuk attend walimah, aku da try minta izin dengan abang tapi, abang sangat busy. Dan yang paling penting aku ase sangat-sangat tak sampai hati nak bebankan abang dalam keadaan sedikit kalut macam ni. Fyi, k.mun masih dalam pantang 2nd baby.

Lagipun sekarang aku kat Kelantan. First plan nak stay umah abang tak jadi la dearie. If abang bagi keizinan dekat aku untuk attend walimah tu, aku plan akan ke KL dengan adik-adik semalam lagi. Aku hanya merancang. Tapi, Dialah sebaik-baik Perancang rite?

Sebelum aku terlupa lagi, nanti sampaikan salam aku dengan lafaz assalamu'alaikum kat mama, babah, + adik bradik ko k. Nenek ko gak. Untuk abang ko, semoga Baitul Muslim yang didirikan akan berkekalan+dirahmati jua diredhai oleh Dia yang Esa. *jangan lupa suruh abang n kakak ipar ko hadam kitab "Tarbiyatul Aulad karangan 'Abdullah Nasih 'Ulwan"* ^_^

Dearie,
Masa ko called few days ago, aku tengah bilas kain adik2 sebab tu ak tak dapat jawab. Masa ko text aku, bukan aku tak nak reply, tapi seriously aku sangat-sangat lupa nak rep. Dah target lepas buat kerja, aku nak text. Tapi itulah memang terlupa sokmo.

Aku minta maaf sangat-sangat tau! InsyaAllah walimah ko nanti aku attend. Bak kata orang jawa kat Batu Pahat, "By hook or by crook", aku akan attend walimah ko kalau dah sampai masanya nanti. **tapi, kalau masa tu aku posting kat Sabah/Sarawak + costing flight tiket masa tu sangatlah mahal macam waktu Chinese New Year, aku tak janji la**

ait, aku gurau je part costing flight tiket segala tu tau,,,,chill saerah chill ^_~


**dah lame tak panggil ko saerah @ jerung...rindu la pulak! =)



[[040611/22:05 p.m.]]

Wednesday, June 1, 2011

Day 4 at home ^_^

::Bismillah::


Khas untuk ;
ummiayahnyai, adik Thaqif dan juga abang+k.mun yang jauh di mata tapi dekat di hati...

Alhamdulillah hari ni semua berjalan dengan lancar. *cet! bajet cm banyak je agenda ^_~*

Menu kami di rumah hari ini;

Breakfast : mee goreng.

Lunch : nasi goreng. (adik-adik yang request nak makan nasi goreng)

High-tea : popia basah (first trial buat popia basah sendiri. Dari kulit popia, inti dan juga sambal semua sendiri buat tau. Huhhu..) Alhamdulillah sedapppp...hehhe~ semalam buat onde-onde. (Selain Kelantanese, diorang panggil kuih buah melaka ^_^) Semalam punya semalam buat donat. Esok adik-adik request onde-onde lagi. Tapi kakak nak makan butir nangka la.
*Padahal kalau untuk high-tea dengan adik-adik sepanjang ummiayahnyai tak ada, ummi dah sediakan makanan yang frozen, tinggal goreng je. Tapi, sorry ummi. Kakak nak makan yang kakak buat sendiri juga. Hehhe~ Abang, rugi abang tak balik rumah tau...Kalau tak kompem berat abang akan bertambah ^_*

Dinner : Selalunya adik-adik nak makan 'roti canai doraemon' tak pun, koko crunch+susu

## Sekarang adik-adik makan sikit sangat. Gara-gara lepas timbang. Masak nasi 2 pot untuk lunch+dinner, tak luak langsung. Untuk 4 orang makan pun tak pernah habis. Yang paling tak tahan sekali, baby pun dah pandai nak diet-diet. Padahal kecik lagi kan? adoi! Masalah-masalah. Kakak dari kecik tak pernah terfikir pun nak diet.^_^

Hari ni juga sangat seronok sebab dapat cakap dengan ayah,nyai,aunty penny dan ummi. Round table kot. Seronok. Tak terkata sebab dapat cakap dengan mereka. Lagi-lagi aunty penny. Lama sangat tak contact aunty.

Yang jadi seronok juga untuk hari ni sebab, tiba-tiba dapat mesej che kie. Che kie cakap "...yunk, i tido rumah u malam ni" Suka3...

Okla, gtg now guys. Baby nak suruh kakak teman baby layan korea. Sabau-sabau, kecik-kecik dah pandai layan korea :)

Do take care of yourselves~

-SayangkaliankeranaNyaselamalamanya- <3


-adunan onde-onde-
*Ummi, untuk colouring, kakak blend daun pandan. Asli punya baru wangi*

**Sorry, tak dapat upload semua sebab menda alah ni dengki tak nak bagi kakak upload :(

**Daaaa, till then~



[[010611/23:30]]